Thursday, October 07, 2010

Kecam tindakan ganggu sidang media Rahimi

Semalam ketika sidang media bekas kakitangan Pejabat Anwar Ibrahim yang menyatakan kononya dia dipaksa membuat kenyataan bersumpah telah diganggu oleh sekumpulan lelaki yang dikatakan penyokong Anwar Ibrahim.

Perkara ini amat mengecewakan dan tidak seharusnya berlaku. Mungkin ada antaranya ahli PKR tetapi itu tidak bermaksud ia adalah arahan terancang dari mana-mana pimpinan. Malah selaku ahli MPP saya melahirkan rasa cukup kesal dengan tindakan tersebut. Di bawah ini pula ialah kenyataan Timbalan Presiden mengenai perkembangan tersebut.

KEADILAN TIADA KAITAN DENGAN PERCUBAAN GAGALKAN SIDANG AKHBAR

Parti Keadilan Rakyat memandang berat atas percubaan beberapa orang, yang mengakui sebagai penyokong KEADILAN, untuk menggagalkan sebuah sidang akhbar di Kelang semalam.

Mereka dilaporkan sebagai bertindak kasar dan mengeluar kata-kata kesat pada masa itu. Hal ini tidak membantu kes fitnah kedua terhadap Anwar Ibrahim, bahkan menjejas imej Parti.

Saya ingin tegaskan bahawa KEADILAN tidak pernah merestui, apatah lagi mengarah tindakan kumpulan ini. Orang yang dikatakan memimpin kumpulan ini bukannya Naib Presiden Parti ataupun Pembantu Khas Anwar, seperti mana dilaporkan oleh sesetengah media.

Namun begitu kami berpendapat bahawa Rahimi Osman, bekas pembantu Anwar telah berbohong dalam laporan polisnya yang mendakwa beliau dipaksa membuat surat sumpah. Perkara ini akan dijelaskan oleh peguam dalam sidang akhbar tengahari ini.

Dr Syed Husin Ali
Timbalan Presiden
KEADILAN

7 Oktober 2010
Semalam cheGuBard telah menulis mengenai pengalaman dengan bekas kakitangan pejabat Anwar Ibrahim ini. sila klik sini dan kemudian SharpShooter telah menyambut sebagai saksi hidup yang 'menemani' dia.

Nantikan esok cheGuBard cuba update satu lagi mengenai perkara ini sebab cheGuBard masih berada dalam lingkungan GERAK ketika konspirasi Fitnah 2 dirancang.

1 comment:

  1. Anonymous1:27 PM

    merujuk kepada berita
    http://ureka.asia/2010/10/zaid-akan-beri-laluan-kepada-nurul-izzah/#comment-3418

    zaid, oo zaid..

    cakap akan tarik diri kalau khalid ibrahim bertanding??? skrg nurul izzah pulak?
    adoi.. aku tak setuju Nurul Izzah bertanding Timbalan Presiden..

    Nurul Izzah wajar bertanding Timbalan Ketua AMK, ataupun Ketua AMK ataupun paling tinggi Naib Presiden..
    aku harap Nurul Izzah cukup pencalonan untuk Timbalan Ketua AMK…

    kepada Zaid.. “Dato lebih layak untuk bertanding Timbalan Presiden” tetapi “Dato sebenarnya paling layak untuk menduduki kerusi Presiden ataupun Naib Presiden”… “Dato layak untuk kerusi presiden sekiranya anwar berkeras utk tidak bertanding presiden”…. Dan sekiranya anwar bertanding presiden, Dato lebih layak untuk bertanding Naib Presiden”…. “Nurul Izzah tidak tersenarai langsung … kalau beliau dicalonkan aku harap dia tewas”…

    Nurul Izzah masih terlalu muda, beri peluang beliau untuk menimba seberapa banyak ilmu politik.. KEADILAN juga tidak wajar dilihat sebagai parti SUAMI ISTERI dan anak….

    Agak tak sesuai, Ketua Umum : ANWAR, Presiden : WAN AZIZAH : Naib : Nurul Izzah..
    Aku sangat tak setuju….. Nurul Izzah.. diharapkan bertanding jawatan Timbalan Ketua AMK bagi membantu Chegu Bard memperkemaskan jentera Angkatan Muda KEADILAN yang dilihat sangat lesu….

    nurul izzah… AMK lebih memerlukan anda!!
    gandingan Nurul Izzah – Chegu Bard.. pasti akan memacu AMK ke arah Gelombang ReformasI AMK Generasi Kedua…

    ReplyDelete