Tuesday, September 21, 2010

MATC Rembau berjalan lancar penuh semangat demokrasi

AJK Cabang bersama YB Rashid (ADUN Ampangan) selepas selesai MATC

19 September 2010 yang lepas keADILan Rembau telah berjaya mengadakan MATC dengan semangat tinggi ke arah memperkasakan parti.

Tidak seperti di cabang lain, MATC Rembau tanpa ada proses pengundian sulit untuk memilih kepimpinan Cabang. Semuanya telah diputuskan sebulan yang lalu dimana semua telah sepakat untuk jawatan diisi secara musyawarah. Walaupun terdapat sebelum itu kemungkinan pertembungan di kerusi no. 2 dan Naib. Malah wujud kemungkinan lebih 15 orang menawar diri bertanding AJK maka lepas rundingan dilakukan dan terima kasih kepada Saudara Faiz Gobi yang menarik borang pencalonan selaku AJK cabang yang menjadikan semua jawatan diisi tanpa pertandingan.

Mesyuarat yang di adakan di Dewan d'Ark, Paroi ini bermula pada 4.30 ptg. Dimana sebelum itu Wanita bermesyuarat jam 2.00 ptg dan AMK bermesyuarat jam 3.00 ptg di tempat yang sama.

Mungkin tanpa pemilihan Cabang maka kehadiran 'sejuk' hanya 137 orang anggota KEADILAN Rembau hadir. Pemantau mesyuarat datang sejauh dari Melaka juga hadir.

Bermula dengan ucapan Ketua Cabang dan terus merasmikan MATC Tahun 2010.

Proses meluluskan minit mesyuarat lalu dan laporan tahunan yang dibentangkan Setiausaha lancar. Laporan kewangan diluluskan dengan sedikit pindaan yang dipersetujui semua.

Proses menamakan calon pimpinan pusat dibiarkan berlansung secara penuh demokrasi dengan menyedari Rembau ada sokongan perbagai calon. Untuk pencalonan Presiden dan Timbalan Presiden che'GuBard mengambil sikap berkecuali dan tidak mengundi.

Akhirnya keputusan seperti berikut :

Presiden :
  • calon 1 : Datuk Seri Hjh. Dr Wan Azizah Wan Ismail (56 undi)
  • Calon 2 : YB Datuk Seri Hj. Anwar Bin Dato' Hj. Ibrahim (72 undi)
Timbalan Presiden :
  • calon 1 : Datuk Hj Zaid Hj Ibrahim (72 undi)
  • calon 2 : YB Mohamed Azmin Hj Ali (61 undi)
Naib - Naib : (urutan berdasar 4 undi tertinggi)
  • YB Hjh Fuziah Salleh
  • YB Gobalakrishnan
  • YB Dr. Lee Boon Chye
  • Shamsul Iskandar Md Akin
Satu usul telah diluluskan iaitu perlu diadakan Kongres KEADILAN peringkat Negeri demi menjamin proses demokrasi dalam pemilihan kepimpinan negeri dan kongres negeri akan jadi medan membincangkan permasalahan dalam negeri maka kongres Nasional akan jadi medan lebih bermakna dalam membincangkan isu - isu nasional.

Sebelum itu MATC AMK telah mencalonkan cheGuBard selaku Ketua AMK Pusat dan YB Chang Lil Kang, Timbalan. Manakala dalam MATC Wanita Rembau telah mencalonkan YB Zuraidah kekal sebagai Ketua Wanita dan Timbalanya YB Rodziah.

Semua proses berjalan secara demokratik, mesyuarat pertama untuk melantik Jawatankuasa penuh akan diadakan hujung September ini. Antara yang akan dibincangkan ialah bagaimana untuk mendapatkan sekurang - kurangnya 60 % ahli KEADILAN Rembau keluar mengundi ketika proses pengundian pusat yang akan berlansung bulan depan.

Bagi che'GuBard proses penamaan calon tidak semestinya menggambarkan mood pengundian. Maka Rembau membuka pintu dan sanggup menjadi penganjur kepada mana - mana calon pimpinan pusat untuk 'berkempen' dengan membentangkan visi dan misi mereka.

Malah Rembau akan menganjurkan Majlis Hari Raya dan Dialog dengan dua calon Timbalan Presiden. sila klik sini.

1 comment:

  1. Semoga gombau menjadi contoh yg terbaik,,, gua konal setengah daripada ajk cabang ghombau ni,,,,, !!!

    ReplyDelete