Saturday, March 06, 2010

Regim jahat Umno runtuh rumah rakyat miskin di Terengganu ...mana pejuang melayu ?

KENYATAAN RASMI IKHWAN

4 MAC 2010

IKHWAN MENGUTUK TINDAKAN ZALIM DAN KETIDAKPERIMANUSIAAN DAN KENYATAAN BOHONG MENTERI BESAR TERENGGANU , PEGAWAI DAERAH KUALA TERENGGANU DAN KERAJAAN UMNO/BN TERENGGANU TERHADAP PEROBOHAN RUMAH ORANG MISKIN DI KG PAYA BUNGA

Ikatan Anak Watan Darul Iman ( IKHWAN ) MENGUTUK tindakan ZALIM dan KETIDAKPERIMANUSIAAN yang dilakukan terhadap para penduduk Kg. Paya Bunga apabila tindakan tanpa pertimbangan sebagai manusia merobohkan rumah-rumah rakyat miskin pada 2 Mac 2010 oleh Kerajaan UMNO/BN Negeri Terengganu serta melibatkan YAB Menteri Besar Terengganu dan Tuan Pegawai Daerah Kuala Terengganu

IKHWAN bertegas bahawa tindakan yang berlaku pada 2 Mac 2010 oleh Presiden Ikhwan bukan bertujuan menghalang pihak Pejabat Tanah Kuala Terengganu atau penjawat awam menjalankan tugas untuk merobohkan rumah-rumah tersebut . Tetapi tiadakah budi bicara yang boleh dilakukan oleh YAB MB Terengganu dan Tuan Pegawai Daerah Kuala Terengganu ( yang turut berada di tempat kejadian ) berunding dengan IKHWAN dan para penduduk ? IKHWAN telah membuat permintaan untuk berunding dengan Tuan Pegawai Daerah Kuala Terengganu atau YAB Menteri Besar . Malangnya Tuan Pegawai Daerah Kuala Terengganu terlalu pengecut serta tidak mempunyai kewarasan untuk mengadakan perundingan dengan kami.

IKHWAN bertindak sedemikian agar pihak Kerajaan mengambil tindakan menangguhkan dahulu perobohan rumah tersebut setelah perundingan antara pihak kerajaan negeri dan penduduk yang tiada mempunyai rumah dilakukan dan menyelesaikan dahulu masalah tersebut. Malangnya tindakan ketidakperikamanusiaan dan tanpa pertimbangan sebagai manusia oleh Tuan Pegawai Daerah Kuala Terengganu yang turut berada dilokasi tersebut terus mengarahkan agar perobohan rumah tersebut diteruskan .

IKHWAN bersama para penduduk pada 21 Febuari 2010 telah menghantar memorandum kepada YAB MB Terengganu merayu dan memohon beberapa tuntutan dan harapan para penduduk yang majoriti mereka dhaif dan miskin , golongan berpendapatan rendah , warga tua , penerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat , penerima zakat daripada MAIDAM termasuk menangguhkan tindakan merobohkan rumah-rumah mereka . Tidak ada pertimbangankah YAB MB Terengganu hingga sanggup menzalimi rakyat marhean ini . Ternyata YAB MB Terengganu tidak mengendahkan langsung memorandum rakyat tersebut .

IKHWAN amat KESAL tiada perjumpaan , perundingan serta berbincangan di buat oleh pihak Kerajaan UMNO/BN Negeri Terengganu termasuk pihak YB ADUN Bandar serta Tuan Pegawai Daerah Kuala Terengganu bersama para penduduk secara bijaksana bagi menyelesaikan permasalahan , tuntutan dan harapan mereka . Di mana slogan “ rakyat didahulukan , pencapaian diutamakan “???? , “JUARA RAKYAT” atau “JUARA MENZALIMI RAKYAT”! Hanya retorik sahaja .

Adakah kerana mereka golongan rakyat yang lemah , dhaif , miskin atau kurang berpendidikan , maka boleh sewenang-wenangnya dilakukan apa sahaja ? Boleh zalimi mereka ? Menafikan Hak Asasi mereka ? Boleh diugut mereka dengan saman RM50,000 atau 5 tahun penjara atau kedua-duanya sekali sekiranya mereka engkar berpindah ?

IKHWAN menyangkal kenyataan En. Wan Nawawi Wan Ismail , Pegawai Daerah Kuala Terengganu bahawa mereka mendirikan rumah secara haram . Sedangkan berdasarkan dokumen yang dikeluarkan oleh Pejabat Tanah Kuala Terengganu YANG BERTARIKH 26 Mac 1957 mengesahkan bahawa mereka telah diberikan Lesen Menduduki Sementara ( TOL ) dan dinyatakan juga mereka menduduki sejak tahun 1933 lagi. Malah resit-resit membuktikan bahawa mereka telah membayar cukai pintu kepada Pejabat Bandaran Kuala Terengganu bermula 19 September 1954 dan terdapat dokumen cukai tanah kepada State Truseru Terengganu Tanah Kuala Terengganu yang ketika itu masih GOVERNMENT OF FEDERATION MALAYA STATE TERENGGANU.

Malah pihak Majlis Bandaraya Kuala Terengganu masih menghantar kepada tuan-tuan rumah BIL CUKAI TAKSIRAN pada tahun 2008 . Adalah pelik rumah haram pernah ada Lesen Menduduki Sementara? Ada resit cukai pintu ? Ada notis MBKT mengarahkan tuan rumah bayar cukai taksiran pada tahun 2008? Rumah haram jenis apa sebegitu ?

Datuk Ahmad Said jelas BERBOHONG bahawa penduduk tersebut menetap selama berpuluh-puluh tahun secara haram tanpa sebarang denda sepertimana kenyataan beliau dalam SH bertarikh 4 Mac 2010.

Ikhwan menyangkal kenyataan Datuk Ahmad Said , MB Terengganu yang jelas berbohong sedangkan masih ada 5 keluarga yang tidak mempunyai rumah dan tidak bersedia untuk berpindah ke rumah kos rendah di Kg. Mengabang Lekar , di atas factor-faktor tidak berkemampuan membayar deposit rumah , deposit air dan elektrik serta berjauhan tempat mereka bekerja .

Adalah menjadi tanggungjawab IKHWAN dan saya memeperjuangkan nasib rakyat , tidak kira di mana sahaja di bumi negeri Terengganu , lebih-lebih lagi datuk nenek moyang saya ( ibu dan ayah ) berasal daripada Bandar Ku8ala Terengganu dan saya adalah anak jati negeri Terengganu . Datuk Ahmad Said tidak layak menghalang saya dan IKHWAN dari bertindak memperjuangkan nasib rakyat terutama mereka yang dinafikan hak , dizalimi , diinaya oleh JKKK , UMNO dan Kerajaan UMNO / BN Terengganu .

Kerajaan UMNO BN Terengganu bukan pejuang rakyat tetapi bertindak menzalimi rakyat . Kenapa tidak ada usaha untuk membantu mereka yang dhaif dan miskin ini ? Kenapa sanggup dengan zalim sedangkan memorandum rakyat merayu agar pertimbangan secara baik dan kebijaksanaan dilakukan terhadap mereka . Kalau benar diberikan lori , kenapa tanpa kemanusiaan , masih sanggup merobohkan rumah yang masih ada saki baki barang-barang yang masih belum dikeluarkan . Pak Wahab hanya sempat mengeluarkan pakaian sahaja . Kak Zaliha saksikan rumah roboh bersama saki baki barang yang tidak dapat diambil.

IKHWAN tidak menafikan tanah tersebut milik kerajaan namun kenapa tidak ada pertimbangan untuk membantu mereka yang dhaif dan miskin ini ? Tidak adakah sedikit kewarasan YAB MB Terenggganu dan Pegawai Daerah Kuala Terengganu untuk menangguhkan perobohan rumah-rumah tersebut buat seketika dengan menyelesaikan masalah sebahagian yang masih tidak berumah dan tidak berkemampuan untuk mendapatkan rumah kos rendah yang disediakan oleh kerajaan . Memahami situasi dan permasalahan mereka serta kenapa tawaran rumah oleh kerajaan tidak diterima dan disanggupi oleh mereka.

Kenapa hak untuk mendapatkan pampasan sama ada tuan rumah atau penyewa tidak dihiraukan dan dinafikan oleh Kerajaan UMNO/BN Terengganu . Sedangkan mereka bukannya pendatang asing yang meneroka secara haram di tanah kerajaan . Mereka adalah anak watan Terengganu yang menjadi kewajipan untuk dibantu yang tinggal atau menyewa di tanah Lesen Menduduki Sementara ( TOL ) dan yang pernah membayar cukai pintu .

IKHWAN di dalam perbincangan dengan penduduk pada 3 Febuari 2010, 10 Febuari 2010 , 14 Febuari 2010 dan 20 Febuari 2010 telah melihatkan harapan yang sangat tinggi kepada pihak Kerajaan UMNO/BN Negeri Terengganu oleh mereka dengan tindakan membayar sedikit pampasan untuk kegunaan mereka untuk berpindah, terutama mereka yang tidak bersedia untuk menerima rumah kos rendah di Kg. Mengabang Lekor kerana faktor tidak mampu menjelaskan deposit RM3000 ( sebelum diturunkan RM300 ) dan RM250 untuk deposit air dan elektrik serta terlalu jauh kepada mereka yang bekerja di Bandar Kuala Terengganu .

IKHWAN kesal kerajaan UMNO/BN boleh habiskan berbilion ringgit untuk Moonsun Cup , mengadakan projek yang tidak menguntungkan rakyat , membazirkan wang rakyat untuk projek-projek mega , tetapi sanggup menginaya dan menzalimi rakyat sendiri .

IKHWAN memohon campurtangan pihak SPRM terhadap tindakan drastic merobohkan rumah-rumah rakyat dan arahan pengosongan tanah tersebut seolah-olah ada unsure rasuah salahguna kuasa bagi tujuan pembinaan projek tempat letak kereta dan projek memperluaskan kawasan Wisma Darul Iman .

IKHWAN juga menyatakan kekecewaan kerana kegagalan Jawatankuasa Keselamatan , Kemajuan dan Kebajikan ( JKKK ) Kg. Paya Bunga dalam menangani dan memperjuangkan nasib mereka yang terinaya ini . Pengerusi dan AJK JKKK Kg. Paya Bunga wajar meletakkan jawatan .

IKHWAN akan memanjangkan isu tersebut kepada pihak SUKAHAM sekiranya masalah , hak , tuntutan dan harapan tidak diberikan kepada mereka . IKHWAN memberikan tempoh selama 2 minggu kepada pihak Kerajaan Negeri Terengganu untuk menyelesaikan isu tersebut .

Atas prinsip kecaknaan , pada hari ini juga IKHWAN melancarkan TABUNG PAYA BUNGA bagi mendapatkan dana membantu mereka yang tidak berumah dan dizalimi ini .

CAKNA KEPADA RAKYAT

No comments:

Post a Comment