Monday, October 26, 2009

Gempur Felda Air Tawar 2

Lan dan Aidil antara geng anak muda yang gigih di Johor
Sebelum ceramah berbual dengan Razak (berdiri) dan YDP Pas duduk sebelah kanan.
Walaupun 30 orang ceramah tetap disampaikan dengan mendedahkan perbagai fakta

antara orang ramai yang hadir

22 Oktober lepas cheGuBard telah memenuhi jemputan ceramah anjuran KEADILAN Kota Tinggi. Program ceramah umum diadakan di Felda Air Tawar 2 yang kononya terletak Cawangan Umno paling kuat di dunia dengan jumlah keahlian menjangkau 4,000 ahli.

Sampai di tapak ceramah dengan di iringi oleh geng anak muda Johor yang tunggu di tengah jalan tadi. Tapak program lengang hanya ada 30 orang sahaja. Penganjur, sdr.Razak Ketua Cabang Kota Tinggi kelihatan begitu resah. cheGuBard datang dekat dan salam dengan dia sambil senyum......

Bahu Razak ditepuk dan diucap tahniah berani buat program gempur kawasan yang konon kuat Umno.....

Sebelum memulakan ceramah Razak dan YDP Pas Kota Tinggi sempat berkongsi pengalaman bergerak di kawasan konon kubu kuat Umno. Bukan kuat sangat tetapi cuma berani dan ganas sesama Melayu sahaja. Naik sahaja bendera atau poster pasti dimakan oleh orang kuat Umno. Malam program pula Ketua Cawangan hadir untuk catat nama yang hadir untuk diambil tindakan......

Ketika cheGuBard mulakan ceramah ada kira kira 30 orang namun sebelum menamatkan ceramah bilangan makin bertambah....rupanya dalam gelap di jauh sikit ada ramai lagi yang nak dengar cuma takut.....

Sebelum balik seorang yang pakai kain dan baju melayu datang salam dalam keadaan tergesa - gesa.... dia kata saya orang Umno...apa yang cikgu cakap tadi memang saya pun tak tahu sebelum ini... kalau begitu lengkap dengan bukti ternyata sesuatu perlu dilakukan.... cheGuBard hanya ucap terima kasih dan tersenyum....

Sebelum pulang cheGuBard tepuk Rzak dan janji dalam masa terdekat akan kembali semula ke Kota Tinggi.......

Kalaulah berpuluh MPT di pusat itu boleh turun dan beri semangat kepada ahli dibawah tentu parti ini kuat........!!!!!

No comments:

Post a Comment