Friday, October 09, 2009

Aktiviti 'last lap' di Tapak Solidariti Anak Muda Malaysia

Solidariti Anak Muda Malaysia telah bersama dalam Pilihanraya Kecil Bagan Pinang dengan bersama menganjurkan Karnival Anak Muda bersama Pakatan Rakyat di Bt. 6 1/2 Jalan Pantai Port Dickson iaitu tanah lapang di sebelah PD World Marina Resort.

Hampir setiap malam ceramah perdana diadakan disamping kemeriahan 100 lebih gerai jualan perbagai barangan dan makanan.

Berikut ialah aktiviti 'last lap'

Hari ini (9 Okt. 2009) jam 5 petang Zunar bersama kartunis Gedung Kartun akan bersama memeriahkan tapak karnival dengan perbagai aktiviti. Datang beramai - ramai untuk bersama.

Malam ini pula dijadualkan Nurul Izzah Anwar bersama teman - teman pimpinan muda akan bersama dalam siri ceramah umum pula.

Esok jam 3 petang acara perdana anak muda bersama Juara Cub Prix Asia, Yasir Said akan diadakan di depan tapak Karnival Anak Muda. 100 motor pertama akan dapat minyak hitam percuma. Nasihat permotoran dan keselamatan. Saudara Yasir Said akan datang bersama team 'big bike'. Jangan lepaskan peluang bersama.

3 comments:

  1. makan nasi tomato percuma xda ke che'gu..????

    ReplyDelete
  2. salam. berkunjunglah ke blog saya kalau ada kelapangan.terima kasih. http://thekedaihitamputih.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. Anonymous5:01 PM

    tahniah saudara anda memainkan peranan dengan baik dalam prk kali ini.... anda ikon anak muda

    ReplyDelete