Tuesday, September 08, 2009

KEADILAN sedia tanding di Bagan Pinang - AMK Teluk Kemang

Kenyataan Ketua AMK Teluk Kemang
5 September 2009

TAKZIAH BUAT KELUARGA BEKAS ADUN BAGAN PINANG, KEADILAN SEDIA JIKA DIBERI

Angkatan Muda Keadilan Cabang Teluk Kemang dengan ini mengucapkan takziah kepada keluarga Arwahyarham Azman Mohd Noor, bekas ADUN Bagan Pinang yang meninggal dunia petang semalam. Semoga Allah menerima semua amalanNya di dunia.Sesungguhnya pemergian arwah seharusnya mampu menginsafkan kita dan mengingatkan kita hakikat kehidupan di dunia sementara ini.

Dalam amalam demokrasi kematian arwah tidak dapat dielakan dari keperluanmengadakan pilihanraya. Satu pilihanraya yang bersih, telus dan adil amat diharapkan dari pengendali pilihanraya (SPR).

Sehubungan dengan itu AMK Teluk Kemang telah bermula hari ini mula menggerakkan jentera di perbagai peringkat ke arah pilihanraya.Meneliti beberapa perkembangan peringkat nasional mahupun setempat, dilihat jika kerusi tersebut ditandingi calon dari KEADILAN kali ini maka peluang untuk menang mungkin lebih cerah. AMK Teluk Kemang akan menghantar permohonan\ rasmi kepada parti untuk KEADILAN meletakan calon di N31 bagan Pinang dalam Pilihanraya Kecil kali ini.

Namun walaubagaimana pun atas semangat setiakawan dan disiplin gabungan AMK Teluk Kemang akur dengan apa juga keputusan pucuk pimpinan dan berjanji akan berusaha bersungguh sungguh bagi memerdekan kerusi dan pengundi Bagan Pinang dari cengkaman Umno - Bn.

*Amirudin Abdul Wahab*
*Ketua Angkatan Muda KEADILAN
Cabang Teluk Kemang*

*0123589872*

2 comments:

  1. Anonymous4:32 PM

    pas dan pkr sama - sama ada calon terbaik...

    pas - dr rosli yaacap
    pkr - badrul hisham shaharin

    ReplyDelete
  2. Anonymous9:42 PM

    harus diingat. di BP sentimen anak tempatan begitu kuat...sebaiknya PR cari ex-army yg muda dan anak tempatan...xkisahla mewakili mana2 pun

    ReplyDelete