Friday, August 21, 2009

Surat cabaran debat dihantar ke Umno



Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat Ust Firdaus Jaafar yang juga MP Jerai, Badrul Hisham Shaharin MPT Keadilan, Ust Yusni Md Piah Ketua Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang telah menyampaikan surat jemputan debat terbuka kepada Sdr Khairy Jamaludin Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Surat tersebut disampaikan kepada wakil UMNO di depan Pejabat UMNO Bahagian Permatang Pauh kira-kira jam 4.00 pm hari ini. Turut kelihatan ialah Sdr Amir Ghazali Ketua Angkatan Muda Permatang Pauh, Sdr Amizudin Ahmat Ketua Angkatan Muda Cabang Permatang Pauh, Azrizal Tahir Ketua Angkatan Muda Cabang Bayan Baru, Sdr Aidi Rafizul Idrus Ketua AMK Cabang Bukit Mertajam dan kira-kira seramai 50 orang penyokong.

Debat tersebut bertajuk 'Siapa Pengkhianat Negara' dicadangkan untuk diadakan di UPU Permatang Tengah pada 23 hb Ogos / Ahad pada jam 9.30 malam. Sehingga berita ini diupload tiada berita dari UMNO berkenaan jemputan ini.

Satu demo menentang pertemuan Zahid Hamidi bertemu Menteri Israel yang dicadangkan untuk diadakana selepas solat Jumaat tadi hanya berjaya diadakan selama 10 minit kerana mendapat halangan teruk dari pihak berkuasa yang hadir. Sdr Amizudin Ahmat dan Sdr Amir Ghazali terpaksa memendekkan program kerana mendapat halangan keras dari pihak polis yang hadir. Untuk mengelakkan tangkapan dan perkara lain maka demonstran bersurai selepas berhimpun 10 minit dan kemudian berkumpul semula di depan pejabat Umno bahagian Permatang Pauh untuk menghantar surat debat.

No comments:

Post a Comment