Sunday, August 23, 2009

Bapa Rafizah pula cabar calon Bn PRK P.Pasir

Sedang bergelut teruk dengan isu salah guna kuasa berkaitan kerjaya guamanya tib - tiba Rohaizad diserang dengan isu 'isteri simpanan' pula. Ketika blog ini mendedahkan mengenainya ramai yang menghantar komentar secara email dan sms yang mengatakan perkara ini fitnah namun kini Pak Ali sendiri keluar memberikan amaran kepada menantunya.

Petikan Malaysiakini.com

Keluarga Rafizah Mohamad Ali menuntut calon BN, Rohaizat Othman
supaya mengisytiharkan beliau mempunyai dua orang isteri, termasuk Rafizah yang
menetap di Pahang.Sehubungan itu, bapanya, Mohamad Ali Abdullah, 59, memberi
tempoh sehingga malam ini untuk Rohaizat yang juga setiausaha Umno Permatang
Pauh membuat pengumuman tersebut.

Mohamad Ali berkata beliau sedang menimbang agar meminta
penceramah daripada Pakatan Rakyat menjelaskan kedudukan sebenar berhubung isu
ini kepada rakyat serta berhasrat untuk mengambil tindakan undang-undang.Ketika
dihubungi Malaysiakini malam tadi, Mohamad Ali berkata, beliau telah mewalikan
pernikahan antara anaknya dengan Rohaizat di pejabat kadi dalam daerah Pekan
pada tahun 2005 dan didaftarkan pada tahun yang sama.

"Dia kena isytihar bahawa dia mempunyai dua isteri, pengundi
pun tak ragu-ragu. Kalau tidak ia menjadi pembohongan kepada rakyat. Kalau
isytihar sekarang risiko tidak besar," kata Mohamad Ali."Apa nak ditakutkan?
Kita nak takut kepada siapa. Takut kepada manusia atau takut kepada Allah...
Sekiranya beliau mengisytihar, maka saya ucapkan terima kasih," tambahnya.

Rohaizat - yang pada mulanya bergelut dengan isu lesen
guamannya dibatalkan ekoran itu penyelewangan wang koperasi Pekebun Getah - kini
berdepan pula dengan isu isteri kedua.Pendedahan mengenai isteri kedua Rohaizat
itu dibuat oleh Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasrudin Hasan yang mengakui mengenali
rapat kekuarga Rafizah. Rohaizat bagaimanapun menafikan beliau mempunyai isteri
kedua yang bernama Rafizah.Rafizah berumur 29 tahun adalah anak ke-6 daripada 10
adik-beradik.Menurut Mohamad Ali lagi, sekiranya Rohaizat mengumumkan Rafizah
sebagai isterinya, maka Mohamad menasihati Rohaizat agar berlaku adil, terutama
dalam urusan memberi nafkah kepada Rafizah.Beliau juga menjelaskan anaknya buat
masa ini tidak akan tampil ke pentas ceramah kerana berada dalam keadaan
tertekan.Ditanya sama beliau menyedari bahawa Rohaizat sudah mempunyai isteri
ketika mengahwini anaknya itu, Mohamad Ali berkata beliau menyedari perkara
itu.Tambahnya, beliau bertindak mengahwinkan anaknya itu kerana tidak mahu
berlaku sesuatu yang tidak elok kepada anaknya.

"Saya sebagai ayah, anak dah kata bersetuju (nak berkahwin),
kalau halang akan jadi kelakuan yang tidak baik," katanyaDitanya mengapa baru
sekarang mendedahkan perkara ini, Mohamad Ali berkata beliau sebagai bapa tidak
mahu mencampuri urusan rumahtangga anaknya.Sebagai seorang suami, katanya,
Rohaizat adalah orang yang bertanggungjawab mengurustadbir urusan keluarganya.


"Apabila ada pengaduan (masalah), saya hanya tolong memberi
jalan (menyelesaikan masalah) untuk kebaikan mereka. Saya hanya boleh nasihatkan
pasangan, itu sahaja," katanya.Bagaimanapun, Mohamad Ali optimis bahawa masalah
Rohaizat-Rafizah ini dapat diselesaikan tanpa mengundang kepada perceraian
antara anak dan menantunya itu."Belum ke tahap perceraian (dalam usaha) untuk
membina keluarga. Perceraian adalah jalan yang terakhir. Saya mahu mengelak
daripada perpisahan. Saya tak mahu mereka bercerai berai.

"Perkara ini boleh diselesaikan melalui perbincangan keluarga
dan tidak perlu pergi ke mahkamah," katanya.Menurut Mohamad Ali, Rafizah kini
berada dalam tertekan dan sedang berehat untuk menenangkan fikiran.Bagaimanapun
beliau enggan memberitahu di mana Rafizah sedang berehat atas permintaan anaknya
itu sendiri.Mengulas lanjut, Mohamad Ali juga mendakwa anaknya juga menerima
"tekanan" daripada Rohaizat dan ahli politik daripada Barisan Nasional berhubung
pendedahan ini.Bagaimanapun, Rafizah enggan menceritakan kepadanya bentuk
tekanan yang diterimanya."Tolong isytihar untuk membersihkan namanya. Saya rasa
pengundi masih lagi percaya kepadanya kalau dia isytihar sekarang. Saya tak
minta apa-apa, saya minta itu sahaja," katanya sambil menambah calon BN itu
masih mempunyai masa untuk berbuat demikian.

Menurut Mohamad Ali, sekiranya Rohaizat tidak berani untuk
membuat pengisytiharan, maka mentuanya itu berharap agar Rofizah dibebaskan
dengan cara yang baik.Katanya, sekiranya berlaku perceraian Mohamad Ali menuntut
agar Rohaizat mengembalikan surat pernikahan kahwin anaknya yang kini berada
dalam simpanannya.



Namum sebenarnya apa yang berlaku lebih dari itu...bersambung

No comments:

Post a Comment