Friday, August 28, 2009

Bantah Konsert lagi....

Ketika semua bertungkus lumus dalam pusingan akhir kempen di Permatang Pasir tiba - tiba Malaysia Insider (portal berita) menyiarkan bantahan dewan pemuda PAS pusat terhadap konsert sebuah kumpulan luar negara yang akan diadakan pada 5 September ini bertempat di Arena of Stars, Genting Highland.

Tidak menentang usaha menentang konsert ini. Dalam negara demokrasi rakyat berhak menyatakan pandangan namun kerajaan harus membuat keputusan yang betul dan kumpulan keputusan -keputusan tersebut akan diadili oleh rakyat pada masa pilihanraya.

Cuma cheGuBard khuatir isyarat yang salah dibaca oleh rakyat khususnya golongan muda dengan siri bantahan konsert oleh pemuda PAS ini. Bersetuju dengan hujah Hishamuddin Rais dalam tukar Tiub kan lebih baik bantah Pusat Judi Genting yang dipunya oleh Kapitalis yang punya kaitan rapat dengan datuk kepada Najib dan Hishamuddin (H1N1). Keluarga H1N1 ini mendapat keuntungan dari kegiatan perjudian tersebut. Judi salah di sisi Islam dan judi juga punya banyak yang negatif lebih kepada masyarakat.

No comments:

Post a Comment