Tuesday, July 07, 2009

Regim Bn Najib terlibat dalam transaksi senjata Korea Utara dan Regim Junta Myanmar

Semasa Regim Bn diterajui oleh Abdullah Badawi, Malaysia telah diancam dunia apabila terlibat dalam kegiatan dalam penyeludupan komponen senjata nuklear dengan rangkaian pengganas antarabangsa.

cheGuBard pernah menulis mengenainya. Di bawah ialah petikan posting lama mengenai perkara tersebut.

Selepas didesak oleh FBI (Amerika), pada Jun 2006, 5 warganegara jepun melalui Syarikat Mitutoyo telah dibuktikan terlibat membekalkan komponen senjata nuklear tersebut pada Syarikat SCOMI (milik Sdr. Khairy Jamaluddin) sebelum dieksport ke Libya.

SCOMI dan Sdr. Kamaluddin Abdullah (anak kandung Pak Lah) di Malaysia masih selamat walaupun FBI mulai mengintai peranannya demi memerangi keganasan global.

Selepas tekanan kuat oleh FBI, akhirnya BSA Tahir, seorang rakyat Sri Langka yang juga rakan kongsi Sdr. Kamaluddin Abdullah dalam SCOMI telah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

PMN melihat penahanannya suatu kezaliman. Sepatutnya, beliau dibicarakan di Mahkamah secara bebas dan adil. Biar Mahkamah yang memutuskan sama ada beliau bersalah atau sebaliknya. Dan biar mahkamah juga putuskan siapa lagi yang sepatutnya dibicarakan secara bebas dan adik di sana.

Bagi PMN, penahanannya tidak lebih demi menyekat kebenaran maklumat berhubung keselamatan negara agar sampai kepada rakyat dan mahasiswa.

ADAKAH PENAHANANNYA DI BAWAH ISA DEMI MEMELIHARA KESELAMATAN NEGARA; ATAU KEPENTINGAN SCOMI, BAPAK MERTUA KEPADA SDR. KHAIRY JAMALUDDIN (JUGA BEKAS MENTERI KESELAMATAN DALAM NEGERI YANG BERKUASA MENYALAHGUNAKAN ISA)?

Itu perangai kelemahan Abdullah yang dikuasai oleh anak dan menantunya yang akhirnya mengancam keselamatan negara. Mujur ada undang - undang ISA yang menyelamatkan negara pada ketika itu dan kemudian buklan sedikit wang negara dibazirkan untuk membayar pelobi Yahudi untuk membolehkan Abdullah menemui Presiden Amerika menyembah dan kononya memberikan penjelasan perkara tersebut.

Namun dalam media tempatan ini tidak diceritakan, malah kononya bangga apabila Presiden Amerika sendiri menerima lawatan Abdullah ke Rumah Putih.
Begitu juga kali ini, kononya tiba - tiba media Malaysia bangga melaporkan betapa Obama, Presiden Amerika sanggup menelefon Najib untuk membincangkan perkara penting. Ini membuktikan Najib dihormati oleh Obama.

Tetapi tiba - tiba pecah lubang apabila rupa - rupanya Najib dihubungi oleh Obama kerana bank Malaysia terlibat skandal transaksi wang dalam pembelian senjata Korea Utara dan Myanmar. Nampaknya sekali lagi kroni Bn untung tapi negara dalam keadaan risiko.

Cuma persoalanya bank mana yer...? Adakah kemungkinan melibatkan bank adik Najib CIMB ?

berikut ialah kenyataan Setiausaha Agung KEADILAN mengenainya.... Penglibatan Malaysia dalam perkara ini bukan sahaja meletakkan negara dalam risiko tetapi ia juga cukup memalukan kerana ia melibatkan perlindungan terhadap junta tentera kejam di Burma.

Parti Keadilan Rakyat memandang serius laporan media antarabangsa yang mendakwa bank di negara ini terbabit dalam pengekspotan senjata Korea Utara.

Akhbar Korea Herald dan Korea Times melaporkan kerajaan komunis itu berusaha mendapatkan baki pembayaran melalui sebuah bank yang tidak dinamakan untuk sejumlah senjata yang diekspot ke Burma.

Menurut agensi berita Korea Selatan, Yonhap, pembayaran awal untuk senjata-senjata itu telahpun dibuat namun sebahagian bayaran kepada kerajaan komunis itu masih tersimpan di bank terbabit.

"Resolusi 1874 yang diluluskan pada 12hb Jun 2009 mengharamkan sebarang ekspot senjata oleh Korea Utara. Langkah ini bertujuan menyekat Korea Utara dari menggunakan dana hasil penjualan senjata bagi pembangunan program senjata nuklearnya," jelas Setiausaha Agung PKR Salehuddin Hashim.

"Sekiranya benar tuduhan yang dilaporkan akhbar terbabit, kita merasa kesal dengan kecuaian kementerian dalam negeri dan regulasi kewangan negara," tegas beliau.

Delegasi Kerajaan Amerika Syarikat, diketuai Philip Goldberg berada di Malaysia untuk menghalang pembayaran dibuat untuk kargo-kargo senjata itu.

Korea Utara dikenakan sekatan oleh Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu selepas republik itu melaksanakan ujikaji nuklear pada Mei tahun ini.

Keadaan bertambah runcing apabila Korea Utara turut melancarkan tujuh peluru berpandu yang dipercayai ujikaji kemampuan membawa beban nukuler.

"Kita bimbang sekiranya terbukti tuduhan bank di Malaysia terbabit di dalam transaksi penjualan senjata oleh Korea Utara, negara ini akan dikenakan tindakan keras oleh Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu sepertimana yang nyaris dikenakan apabila syarikat Scomi Precision Engineering dikatakan terlibat di dalam menghasilkan komponen senjata nuklear," kata Salehuddin.

Menteri Luar Negeri Anifah Aman hari ini dilapor sebagai berkata kerajaan Malaysia bersedia untuk memberi kerjasama menyiasat skandal ini.

No comments:

Post a Comment