Monday, July 27, 2009

Posting Semula ; Jejak Fakir 2009

Jejak Fakir 2009

Ramadhan bakal menjelang, Syawal pasti menyusul tiba. Dalam gembira kita bersama keluarga sedarkah ada ramai golongan daif tercicir sedang dihimpit derita.

Jejak fakir (Ramadhan/ Syawal) 2008 telah berjaya membawa sedikit senyuman gembira kepada kira kira 200 lebih keluarga daif, golongan kurang upaya, anak yatim dan seumpamanya. Sumbangan semua yang dikumpulkan disambut dengan linangan air mata kesyukuran. Sumbangan berjaya disampaikan kepada golongan fakir di dalam Rembau, dalam Negeri Sembilan, Sarawak juga Kedah.

Kini Pusat Khidmat Rakyat Rembau sedang menyusun program Jejak Fakir 2009. Sebanyak hampir 350 penerima disenaraikan. Bagi pihak mereka kami merayu sumbangan semua.

Sumbangan boleh disalurkan dengan memasukkan wang sumbangan ke akaun Angkatan Muda keADILan Bahagian Rembau akaun Maybank no: 555126105482

Sumbangan dalam bentuk makanan asas seperti beras, tepung, gula, minyak masak dll amat dialukan juga.

Sila sms atau hubungi 012 3696474 (Azizi Aziz) Pengarah Jejak Fakir 2009 untuk pertanyaan atau setiap kali wang sumbangan dimasukkan untuk pengesahan. Jika ia wang zakat sila nyatakan untuk urusan 'akad' dan disalurkan kepada asnaf yang benar layak.

1 comment:

  1. salam chegubard,
    ini ada youtube khas sempena himpunan ISA dan solidariti utk teo beng hock pada 1 ogos ini.u tube ini khas dari rakyat kpd rakyat:

    http://www.youtube.com/watch?v=EeYqEaLfvQA

    Ini pula petition khas utk membela Teo beng Hock : http://www.petitiononline.com/j4bhmacc/petition.html

    ReplyDelete