Tuesday, July 21, 2009

2 hari bertapa di Pulau Pinang ?

Bertapa ... hahaha itu tajuk posting Din Binjai yang buat laporan penuhnya mengenai aktiviti cheGuBard di Utara.

Hujung minggu seperti biasa penuh dengan aktiviti parti. Mula dengan 16 Julai lagi apabila secara tiba - tiba ketenangan diragut dengan berita pembunuhan politik pertama era Najib di SPRM Shah Alam. Maka semua berhimpun malam itu di depan SPRM Shah Alam.

17 Ogos selepas waktu pejabat terus bekejar ke Batu Kurau, sesi ceramah bersama YB Yunus telah dihadiri hampir 1000 orang walaupun lokasinya agak 'ke dalam'. Kemudian terus ke Pulau Pinang untuk aktiviti sehingga Ahad

sila klik sini untuk membaca laporan Din Binjai.

Selepas program terakhir Ahad bersama AMK Permatang Pauh, terus pulang ke Kuala Lumpur. Sampai rumah jam 4.00 peagi. Jam 7.30 pagi terus ke Melaka untuk hadiri Majlis Pengkebumian mangsa pembunuhan pertama era Najib.

Petang pula sudanh menuju ke Ledang, Johor untuk ceramah umum bersama Ust Sidiq Noor. Pagi tadi sampai rumah jam 3.45 pagi....sebelum subuh tadi 6.40 pagi sudah keluar rumah untuk sampai ke pejabat sebelum jam 8.30 pagi.

Begitulah rutin tiap minggu dan minggu depan pasti lebih sibuk kerana tarikh 1 Ogos makin hampir.

No comments:

Post a Comment