Sunday, May 31, 2009

Saifuddin: Mansor sudah dapat 75% undi

(2.45 petang ) Selepas hampir 6,000 pemilih keluar mengundi sehingga jam 2 petang tadi, pengarah pilihanraya PKR, Saifuddin Nasution yakin, calon parti itu, Mansor Othman, sudah mendapat sekurang-kurangnya 4,500 undi.

"Berdasarkan maklumat yang diterima dari petugas parti, sebahagian besar pemilih terbabit adalah penyokong tegar PKR," katanya.

mansor othman pkr penanti by election pc 290509 02Menurut Suruhanajaya Pilihanraya (SPR), sehingga jam 2 petang tadi, seramai 38.77 peratus atau 5,964 pemilih keluar mengundi dalam pilihanraya kecil DUN Penanti.

Anggaran yang dibuat oleh Saifuddin itu menunjukkan bahawa Mansor mendapatkan kira-kira 75 peratus undi setakat ini.

Sehingga jam jam 12 tengahari tadi, seramai 29.86 peratus atau 4,593 orang keluar mengundi berbanding dengan 23.5 peratus atau 3,590 orang pada jam 11 tengahari tadi dan 14.6 peratus pada jam 10 pagi tadi.

SPR mensasarkan sebanyak 70 peratus daripada 15,385 pemilih akan keluar mengundi dalam pilihanraya kecil hari ini.

Kerusi DUN Penanti kosong ekoran peletakan jawatan penyandangnya, Mohammad Fairus Khairuddin pada 16 April lalu, selepas melepaskan jawatan timbalan ketua menteri 1 Pulau Pinang seminggu sebelumnya.

Dalam pilihanraya umum lalu, Fairus dari PKR mendapat 7,346 undi, menewaskan calon BN, Datuk Abdul Jalil Majid yang mendapat 5,127 undi.

BN tidak bertanding dalam pilihanraya kecil hari ini. Empat calon yang bertanding ialah Timbalan Pengerusi Perhubungan PKR Pulau Pinang, Mansor Othman; 59; dan tiga calon bebas - bekas ketua wanita PKR, Pulau Pinang, Aminah Abdullah, 56; bekas ketua Pemuda Gerakan Cawangan Telok Wang, Penanti, Nai Khan Ari a/l Nai Keow, 41 dan pakar motivasi Kamarul Ramizu Idris, 42.

BN memutuskan tidak meletakkan calonnya bertanding dalam pilihanraya kecil tersebut atas alasan kekosongan kerusi tersebut adalah usaha PKR untuk menyelesaikan masalah dalamannya.

No comments:

Post a Comment