Wednesday, May 20, 2009

apa muslihat kelulusan 'fast track' parti perkauman baru...

Sebagai manusia yang mendokong prinsip demokrasi maka sudah tentulah kelahiran parti baru yang mahu menggunakan ruang demokrasi harus disambut.

Parti Makhal Sakhti Malaysia (PMSM) yang kononya kumpulan serpihan HINDRAF telah di umumkan kewujudanya oleh RS Thanenthirran, yang mengetuai parti tersebut semalam.

Cuma peliknya mendaftar parti politik baru yang jelas akan mengancam regim Bn memang sukar di Malaysia. Contohnya, pendaftaran Parti Sosialis Malaysia (PSM) hanya diluluskan baru-baru selepas 10 tahun berusaha - tetapi parti ini telah disahkan pendaftaran secara 'fast track'. Ini mengingatkan kita dengan kelahiran sebuah lagi parti perkauman sedikit masa dahulu MUIP yang diberikan kelulusan 'fast track' juga kepada Datuk Nallakaruppan selepas beliau keluar keADILan. MUIP memulakan parti dengan tidak secara terang menyokong Bn sebaliknya kononya demi masyarakat India sebaliknya beberapa ketika selepas itu menjadi pendokong tegar Bn.

Untuk rekod Parti Keadilan Nasional (yang kini dikenali sebagai Parti Keadilan Rakyat selepas bergabung dengan Parti Rakyat Malaysia) juga gagal didaftarkan sebagai parti baru sebaliknya terpaksa mengambil alih sebuah parti sedia yang tidak bergerak tetapi masih hidup pendaftarannya pada tahun 1999.

Thanenthirran semalam juga mengistiharkan tidak pro mana - mana (sama ada Pakatan Rakyat atau Bn) sebaliknya akan bekerjasama dengan semua pihak demi membela masyarakat India kononya.

Mungkinkah ini taktik untuk memecah belahkan lagi sokongan rakyat ? Atau memutarkan sedikit kebelakang mood 'perpaduan tanpa mengira kaum' hasil 8 Mac ?

Paling menarik kenyataanya semalam ialah "Jika mereka hendak bagi kita wang, kita akan ambil... kerana kita tidak boleh bergerak jika kita tidak ada wang"

No comments:

Post a Comment