Sunday, April 05, 2009

BN ular banyak kepala....


contoh Risalah Bn yang menyatakan cina perlu sokong BN untuk TPM orang cina dan paling melampau ialah risalah MCA tulis Budha suruh sokong Najib Bn sebab Najib pro orang cina...dalam masa yang sama tertera di banyak tempat banner menghina antaranya berbunyi "Pengundi Cina suka PAS senang jadi tunggangan mereka"


SUNGAI LALANG, 5 April (Hrkh) - Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) KeADILan, Low Chee Chong menyelar kempen MCA pada Pilihan Raya Kecil (PRK) N.25 Dun Bukit Selambau yang disifatkan beliau menggunakan taktik kotor dan bohong.

Menjelaskan kepada media, beliau merujuk kepada risalah kempen berbahasa Cina yang diedarkan MCA kepada pengundi Dun Bukit Selambau di mana MCA mengakui kesalahan Barisan Nasional sejak 50 tahun lalu dan merayu peluang dari rakyat untuk memberikan peluang kepada mereka melakukan perubahan.

Pada masa sama dakwa beliau, MCA turut mengedarkan risalah berbahasa Cina mengenai geran tanah di Kedah yang mengandungi maklumat bohong.

Dalam kandungan risalah itu terangnya, MCA mempertikaikan Kerajaan Pakatan Rakyat berhubung perbezaan tahun pemilikan tanah bagi Kampung Melayu dan Kampung Cina.

Katanya, kandungan risalah itu jelas satu penipuan besar MCA kerana di Kedah pembahagian tanah perkampungan tidak dibuat berdasarkan kaum sebaliknya dikategorikan kepada tanah luar bandar dan tanah bandar.

Beliau turut menjawab pertikaian MCA dalam risalah tersebut mengenai pemilikan tanah sejak tahun 1950-an kerana ketika itu yang menjadi kerajaan ialah BN.

Katanya, Pakatan Rakyat walaupun baru menjadi kerajaan sejak setahun lalu tetapi telah berjaya menyelesaikan isu geran pemilikan tanah di Kedah.

"Mereka kata nak jujur, mereka mengakui kesalahan, tetapi mereka masih menggunakan taktik yang kotor, taktik bohong," kritik beliau pada sidang media di Yayasan Aman hari ini.

Menterjemahkan risalah berbahasa Cina yang bermaksud, 'Anwar: Depan Boleh, Belakang Pun Boleh', Low menyifatkan MCA masih lagi tidak mengambil pelajaran dari PRK Permatang Pauh dan Kuala Terengganu kerana masih mengedarkan risalah tersebut di Bukit Selambau.

Sementara itu, Ahli MPT KeADILan, Badrul Hisham Shahrin dalam sidang media sama menjelaskan, sehingga ini sokongan pengundi bukan Melayu di Bukit Selambau berada di tahap agak selesa.

Namun katanya, KeADILan sedang memberi fokus kepada pengundi Melayu melalui penyebaran maklumat berterusan.

Ini kerana katanya, BN sedang mempergiatkan dan memainkan isu perkauman di kawasan pengundi Cina dengan mengedarkan risalah yang menyatakan bahawa BN perlu menang untuk MCA meminta BN mewujudkan kerusi kedua bagi jawatan Timbalan Perdana Menteri.

Tegas beliau, kempen tersebut jelas bersifat perkauman kerana risalah tersebut tidak wujud di kawasan pengundi Melayu dan BN terus menggunakan nada kempen berbeza mengikut kaum di sesuatu lokasi.

1 comment:

  1. Anonymous5:40 PM

    Sekeping foto seribu makna..Walter Chia dan Saifuddin Nasution

    http://mykmu.net/modules.php?name=News&file=article&sid=7777

    boleh tolong jelaskan?

    ReplyDelete