Wednesday, March 25, 2009

Zaman Najib gila sudah datang.



Gambar dari ceramah di Sungai Petani. Tanpa amaran ketika Anwar mula ceramah air kimia
ditembak dan lebih 50 peluru gas pemedih mata ditembak. Serentak dengan itu sekumpulan FRU masuk ke tengah orang ramai terus memukul membabi buta dan menangkap. Ramai yang cedera.


Menggantung permit akhbar PKR dan menembak gas pemedih mata terhadap penyokongnya "bakal menjerumus negara ke kancah pentadbiran kuku besi", kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Ternyata tindakan rakus sedemikian oleh pasukan polis sejurus satelah Suara Keadilan dan Harakah diharamkan (selama tiga bulan) merupakan petanda betapa sistem pemerintahan bawah (Datuk Seri) Najib (Razak) bakal menjerumuskan negara ke kancah ketidakstabilan dan pentadbiran kuku besi," kata penasihat PKR.

Mantan timbalan perdana menteri itu, yang turut berada di tempat kejadian, berkata beliau terpaksa dilarikan ke dalam bilik gerakan untuk mengelak tindakan tersebut yang bermula selepas 9.30 malam.

"Saya diseludup ke bilik gerakan pilihanraya (dekat pentas ceramah) dan berlindung bersama beberapa orang pimpinan Pakatan Rakyat.

"Difahamkan hampir 50 das gas pemedih mata dibedil oleh pihak polis," kata Anwar dalam blognya.

"Tanpa sebarang amaran, polis membedil gas pemedih mata beserta pancutan air. Hadirin lari bertempiaran menyelamatkan diri.

"Namun ia tidak menghentikan pembedilan bertubi-tubi tanpa sebarang belas kasihan terhadap wanita dan kanak-kanak."

Polis Kedah hari ini mengesahkan 31 orang ditahan kerana enggan bersurai selepas diarahkan.

Semua mereka dilaporkan dibebaskan pagi ini selepas keterangan mereka diambil.

Selain beberapa penyokong parti itu dan pendengar, turut ditahan senator Zamri Yusof, ketua staf pejabatnya Ibrahim Yaacob dan pegawai khas menteri besar Kedah, Mohd Ismadi Abd Kadir.

Kementerian Dalam Negeri semalam secara mengejut menggantung serta-merta permit penerbitan dua akhbar berpengaruh itu selama tiga bulan.

Dalam coretan blog yang sama, Anwar mengulangi lagi kecamannya terhadap timbalan perdana menteri dengan menyifatkan kenyataan mengenai perubahan yangg diucapkan di Parlimen baru-baru ini "hanya omongan kosong untuk mengalih perhatian rakyat daripada skandal yang terpalit."

"Jelas, Umno-BN sememangnya dalam keadaan yang sangat terdesak ketika ini. Gelombang kebangkitan rakyat di Bukit Selambau, Bukit Gantang dan Batang Ai cukup meresahkan mereka," katanya.

Ketiga-tiga kawasan itu akan menghadapi pilihanraya kecil antara 29 Mac hingga 7 April ini.

Ceramah Anwar di Taman Ria Jaya, Sungai Petami malam tadi bagi memperkenalkan calon PKR S Manikumar yang akan menggalas cabaran parti itu di DUN Bukit Selambau, Kedah.

PKR juga bertanding di DUN Batang Ai, Sarawak; manakala PAS meletakkan bekas menteri besarnya Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin di kerusi parlimen Bukit Gantang, Perak.

Anwar juga menyeru para penyokongnya agar bertenang dan tidak mudah dibakar dengan sebarang provokasi.

Terbaru : semalam juga polis bersedia membuat perkara yang sama ketika Anwar berceramah di Bukit Gantang, namun Anwar membatalkan ceramahnya kerana tidak sanggup melihat wanita dan kanak -= kanak termasuk warga emas diseksa seperti di Sg. Petani.

Dalam perkembangan lain kerana ketakutan yang melampau Najib terpaksa mengarahkan permit Suara Keadilan dan Harakah ditarik serta merta. sila klik sini untuk membaca lanjut.

3 comments:

  1. Anonymous6:10 PM

    najib mmg gila... "Say NO to Najib"

    ReplyDelete
  2. Anonymous10:10 AM

    S.Manikumar adalah anak saudara kepada V.Arumugam, ADUN PKR yang meletak jawatan. Arumugam sampai sekarang masih berada di dalam tempat persembunyian mungkin India ataua mana-mana kerana takut dibawa ke penghadapan KDYMM Sultan Kedah. Beliau dibiayai sebanyak RM20,000 sebulan supaya jangan keluar sehingga selesai pilihanraya.

    Ceritanya bermula apabila isu gundik Arumugam diisytiharkan sebagai isteri rasmi di dalam semua jemputan dan acara istana, sultan telah memanggil MB Kedah untuk penjelasan yang sebenar tentang kedudukan isteri yang sah Arumugam, tetapi MB telah membohongi sultan dengan jawapan tidak mengetahui tentang kedudukan isteri Arumugam demi untuk melindungi Arumugam.

    Walaubagaimanapun KDYMM Tuanku masih musykil dan ingin mendapatkan penjelasan yang sebenar dari mulut tuantubuh sendiri maka dengan itu tuanku menitah supaya Arumugam dibawa mengadap baginda. Tuanku murka yang amat sangat kerana tindakan mengisytiharkan gundik sebagai isteri rasmi telah mencemarkan majlis-majlis rasmi di raja Kedah.

    Jika pengakuan Arumugam ternyata benar maka ternyatalah MB membohongi sultan maka nescaya kemurkaan tuanku akan menjejaskan kedudukan MB.

    Arumugam adalah saksi utama untuk mempertahankan MB Kedah kerana sultan ingin mendapatkan penjelasan yang sebenar samada MB benar atau bohong kepada KDYMM Sultan Kedah.

    Akhir kalam untuk menjaga mulut Arumugam supaya tidak menjadi mulut tempayan maka Anwar dan MB terpaksa tunduk kepada permintaan Arumugam untuk meletak anak saudaranya Manikumar sebagai calun proxy Arumugam dalam PRK Bukit Selambau.

    Kesimpulannya kalau Manikumar kalah dalam PRK ini ia adalah satu penyelamat besar air muka MB dengan tuanku dan MB akan selamat apabila isu Arumugam terkubur.
    Posted by MUMMY ROKIAH
    KPD CHEGUBARD,SILA BUAT PENJELASAN TTG ISU YG DIBANGKITKAN OLEH MUMMY ROKIAH INI.PD DAHULUNYA AKU MMG BENCI YG AMAT SGT DGN BN/UMNO INI.JGN SAMPAI RAKYAT MULA MEMBENCI PKR,CKP TARAK SERUPA BIKIN.NAK MEMILIH CALON,JGNLAH MEMILIH BULU N KRONI.PARTI KEADILAN RAKYAT SEKARANG DAH BERTUKAR MENJADI PARTI KRONI RAKYAT KE??PARA BLOGGER2 DISINI,SILA BERI KOMEN N HUJAH ANDA MENGENAI DAKWAAN MUMMY ROKIAH INI.APAKAH KEADILAN SUDAH HILANG ADILNYA.APAKAH PEMIMPIN2 TERTINGGI PKR SEDANG MEMILIH BULU N KRONI??SILA BERI PENJELASAN YG SEJELAS2NYA..SILA CHEGUGBARD!!!...

    ReplyDelete
  3. Anonymous9:38 AM

    salam...Memang patut BN kena benci...korang tengok r sekarang hampeh semuanya...

    ReplyDelete