Friday, March 27, 2009

Sepetang di Rembau bersama Kak G



S.Muliadi (juara nescafe tarik) bekas pimpinan Pemuda Umno Rembau sempat menunjukkan kehebat menarik teh sebelum majlis bermula.

Kak G menyampaikan bantuan zakat bagi pihak Pusat Khidmat Rembau kepada 12 penerima zakat yang terdiri dari fakir miskin dalam Parlimen Rembau
YB Dr. Yunus, ADUN Sijangkang turut meluangkan masa pada hari tersebut berucap dengan menceritakan betapa Kerajaan Selangor menjaga kebajikan rakyat seperti memberi air percuma, wang khairat kematian kepada seluruh warga tua, wang Tabung wawasan anak Selangor untuk semua anak Selango yang baru lahir.
Ucapan ringkas cheGuBard petang itu.
Rumah uzur Pak Cik Manab Rasul yang telah runtuh hampir 60% lantainya dan alang atapnya.
Kak G bertanya khabar dengan Pak Cik Manab yang gembira dalam rumah barunya.
Kak G bersama rakan lamanya dalam dunia dakwah, Kak Maznah yang menjadi aktivis parti yang rajin di kawasan Sawah Raja, Kota, Rembau

26 Mac lepas telah diadakan Majlis Perasmian Rumah Warga Tua dan Miskin serta Penyampaian Bantuan Zakat kepada Fakir Miskin Rembau. Majlis tersebut telah dihadiri oleh kira - kira 150 orang telah disempurnakan oleh YB Puan Fuziah Salleh (Ahli Parlimen Kuantan). Selain itu YB Dr. Yunus (ADUN Sijangkang) juga telah sudi hadir.

sila baca dengan klik tajuk di bawah
Setelah bertungkus lumus akhirnya rumah tersebut telah disiapkan dengan harga hampir RM6,000. Terima kasih kepada penyumbang. Yayasan Aman telah menyumbang RM 1,800. Pembaca blog telah menyumbang RM350. Pengarah Projek Sdr. Yusof Tapa telah mendapatkan lebih dari RM1000 sumbangan. dan selebihnya telah disumbangkan dengan hasil jualan VCD dan buka yang cheGuBard lakukan sepanjang memenuhi undangan ceramah.

1 comment:

  1. salam chegubard,

    kak G ni siapa? huhu.. cam kuno jer kakyong tak kenal org...

    ReplyDelete