Sunday, March 08, 2009

Keadilan Rembau bersih surau sempena Maulidur Rasul


Rantau – Kira-kira 50 orang penduduk Kampung Solok bersama Parti Keadilan Rakyat Rembau telah bekerjasama mengadakan gotong-royong membersihkan Surau Kampung Solok, Rantau.

Aktiviti gotong-royong yang bermula pada jam 8 pagi itu dianjurkan oleh Angkatan Muda Keadilan Rembau bersama ahli jawatankuasa Surau Kampung Solok, Rantau.

Setiausaha Parti Keadilan Rakyat Rembau, Norazizi A. Aziz berkata, aktiviti gotong-royong itu diadakan sempena sambutan Hari Keputeraan Nabi Muhammad SAW pada 12 Rabiul Awal.

“Gotong-royong secara besar-besaran ini dilakukan sempena memuliakan ketibaan Hari Keputeraan Rasulullah SAW. Fokus kami adalah untuk aktiviti ini seperti ini dijadikan medium kepada umat islam mencari titik temu tanpa mengira latar belakang fahaman parti. Kita harus ingat walaupun kita mempunyai pandangan yang berbeza namun kita tetap menganut aqidah yang sama. Kami juga berharap agar aktiviti ini dapat mengi’marahkan surau ini bagi menarik golongan muda bukan sekadar dijadikan tempat untuk beribadat tetapi sebagai tempat mengadakan aktiviti, program mahupun diskusi yang berbentuk ilmiah.”

Katanya, selain aktiviti gotong-royong ini, pihak Parti Keadilan Rakyat Rembau dengan kerjasama ahli jawatankuasa Surau Kampung Solok juga akan mengadakan sambutan sempena Maulidur Rasul di surau ini.

“Sambutan yang dinamakan Malam Sinar Maulidur Rasul itu akan diadakan pada 9hb Mac 2009. Program yang bermula dengan solat Maghrib itu akan turut diisi dengan ceramah agama Ustaz Khairul Anwar Khairudin serta ucapan oleh Ketua PKR Bahagian Rembau, Sdr. Badrul Hisham Shaharin dan Pengarah DUN Rantau, Puan Aisah Lamsah. Program ini juga akan turut dimeriahkan dengan persembahan nasyid, selawat, berzanji dan marhaban. Parti Keadilan Rakyat Rembau juga akan turut memberi sumbangan kepada 10 keluarga fakir miskin yang layak menerima zakat.”

Menurut Pengerusi Surau Kampung Solok, Tuan Haji Faiz, kemuncak kepada program pada malam itu ialah Pelancaran Dana Untuk Membaik Pulih Surau Kampung Solok.

“ Pihak kami mengalu-alukan sebarang bentuk bantuan bagi membaik pulih surau ini yang sudah agak uzur. Sebarang bentuk sumbangan boleh disalurkan terus kepada ahli jawatankuasa Surau Kampung Solok ataupun dengan menghubungi saya sendiri di talian 06-6947959.”

1 comment:

  1. Anonymous5:24 PM

    Salam,

    Abg faid tahniah! surau solok yg menjadi markas keadilan akan dibela. Insyaallah

    Bard terima kasih banyak kau tak lupa pada tempat kita bermain dulu....

    Hafiz....... teruskan perjuangan Pak Sheikh.

    ReplyDelete