Friday, March 27, 2009

Bersama angin perubahan di Sarawak





Pada 20 - 24 Mac lepas cheGuBard telah memenuhi undangan ke Sarawak. Undangan ini telah dirancang dua bulan lepas bertujuan untuk memberikan latihan Induksi kepada ahli baru di Bahagian Lanang. Namun oleh kerana Pilihanraya Batang Ai yang akan berlansung beberapa hari lagi maka program telah disesuaikan dengan pilihanraya yang akan menjelang.

Pada 20 Mac telah diadakan latihan sehari bersama ketua - ketua JDM yang turut melibatkan ketua - ketua Masyarakat di kawasan tengah Sarawak. Seramai 70 orang hadir.

Kemudian malamnya berkunjung ke Rumah Panjang AhSoon untuk memberikan taklimat betapa pentingnya Masyarakat Dayak setempat bersama secara sukarela turun ke Batang Ai menjadi sebagai jentera parti. Malam itu dilancarkan Jentera RH Ahsoon untuk ke Batang Ai dan yang tidak bekersempatan untuk pergi bersetuju memberikan derma.

Sepanjang 21 - 23 Mac telah menghadiri kira kira 6 perjumpaan dengan masyarakat termasuk 2 siri ceramah umum.

No comments:

Post a Comment