Friday, March 20, 2009

Anwar umum calon pagi tadi


Calon bagi kerusi N25 Selambau akhirnya terjawab apabila Ketua Umum Keadilan, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan ahli perniagaan, S Manikumar sebagai calon Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kecil yang akan diadakan 7 April depan.

Anwar membuat pengumuman tersebut di Sungai Petani pagi tadi.

Manikumar, 35, merupakan muka baru dalam dunia politik dan penduduk tempatan, antara faktor utama yang menjadi pertimbangan dalam pemilihan beliau.

Manikumar dijangka akan berentap dengan calon BN, Datuk S Ganesan dari MIC dan 10 calon bebas.

Penamaan calon ditetapkan pada 29 Mac ini.

Kerusi Bukit Selambau kosong berikutan perletakan jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri bagi kawasan tersebut, V. Arumugam yang juga Exco Kerajaan Negeri Kedah pada 9 Februari lalu.

No comments:

Post a Comment