Thursday, January 29, 2009

Lawatan ke Perkampungan Orang Asal

Pada 24 Januari yang lepas che'GuBard bersama Sani (Naib Ketua 1 AMK Rembau), Zahar (AJK Bahagian Rembau), Iskandar @ Itik (AJK AMK Rembau) dan Ain (Setiausaha AMK Rembau) yang datang bersama adik iparnya telah melawat ke Kampung Chuai (perkampungan orang Asal).

Fariz penunjunjuk jalan kami sememangnya sudah biasa dengan perkampungan tersebut kerana bapanya yang juga AJK keADILan Rembau mempunyai hubungan rapat dengan masyarakat orang asal di sini.

Kelemahan komunikasi dalam pengurusan bahagian. Lawatan pagi itu tanpa pemberitahuan awal ke Tok Batin Kg. Chuai. Nasib baik ketika kami sampai Tok Batin baru sahaja pulang dari menjual 'lantun'. Dari jauh lagi Tok Batin dah tegur che'GuBard dulu terharu rasanya Tok Batin masih ingat dengan lawatan masa pilihanraya dahulu.

Che'GuBard terangkan maksud lawatan dan mohon maaf kerana tak beritahu awal. Tok Batin ajak ke rumah. Sempat berbual mengenai beberapa masalah kampung tersebut.

Kerana tak ada penyusunan awal tak dapat sampaikan hadiah 'permainan dan baju terpakai' untuk kanak - kanak di situ. Cuma sempat pergi beberapa buah rumah. Namun semua hadiah ditinggalkan di rumah Tok Batin untuk dia agihkan dan sampaikan salam kami kepada penduduk Kampung Chuai yang lain.

Sebelum beredar Tok Batin mengajak kami melawat satu keluarga yang baru melahirkan anak perempuan yang diberi nama Mulan.

che'GuBard dapat merasai kegembiraan anak - anak kecil Kg. Chuai ini mendakap permainan terpakai yang mereka perolehi. Sedih rasanya apabila melihat anak kecil berlari girang memeluk anak patung Kanggaroo yang sudah tidak bertelinga.... Maaf itu sahaja yang che'GuBard mampu beri....

Sekalung penghargaan kepada penyumpang permainan dan pakaian terpakai...sumbangan tersebut amat bermakna.

Lawatan sehari itu kemudian terus ke Kampung Sawah Raja ke Majlis Perkahwinan seorang aktivis PAKATAN. Selamat Pengantin Baru Sdr. Ramadhan dan pasanganya yang juga anak Rembau (orang Sendayan). Kemudian bertolak ke Bongek menziarahi jenazah ayahanda Sdr. Nizam (orang kuat unit Amal). Sempat bersama dalam solat Jenazah dan menghantar ke kubur. InsyaAllah ayahandanya yang juga aktivis PAS dikenali sebagai seorang yang alim. Moga Allah tempatkan rohnya bersama pejuang kebenaran. Takziah buat Sdr. Nizam.

Sepanjang hari tersebut sempat bertemu beberapa orang rakan dan berhenti 'pekena' cendol Madu tepi sungai (Batu Hampar)...sebelum singgah menziarahi orang tua di rumahnya.

sempat berbual - bual mengenai kehidupan seharian dan penduduk mengetengahkan
beberapa masalah yang dihadapi.
Sempat melawat Mulan memberikan beberapa hadiah permainan dan
'angpow' sempena kelahiranya.
Walaupun ia permainan terpakai namun kanak - kanak di kawasan terpencil ini
begitu seronok dan teruja mendapatkanya.

No comments:

Post a Comment