Monday, August 11, 2008

Semoga Allah selamatkan sahabatku Amir

Ketua AMK Teluk Kemang, Sdr. Amirudin Abd. Wahab (012 3589872) akan menjalani pembedahan membuang ketumbuhan dalam perut (Stage 2) pada 09.08.2008 di Hospital Besar Tuanku Jaafar, Seremban, Negeri Sembilan.

Beliau yang merupakan Pengarah Pilihanraya DUN PD Bandar yang dimenangi keADILan dalam PRU lepas telahpun menjalani pembedahan serupa sebulan selepas pilihanraya umum. Mohon pada teman-teman seperjuangan agar mendoakan kesejahteraan dan keselamatan beliau dalam menjalani pembedahan.

Komunikasi terahir cheGuBard dengan beliau membuktikan beliau masih bersemangat...beliau meminta doakan kesihatan beliau dan sembuh segera agar dapat bersama dalam Pilihanraya Kecil Permatang Pauh.

No comments:

Post a Comment