Saturday, July 05, 2008

Konspirasi 2

Semalam saya di temuramah khas oleh wartawan tabloid Wasilah. Isunya ialah mengenai kesediaan 'kita' untuk berdepan dengan segala kemungkinan termasuk penggunaan aparat kerajaan seperti 1998.
Bagi che'GuBard 'skrip' kali ini sama seperti skrip fitnah 1998. Maka sudah tentu kemungkinan 'ending' seperti 1998 juga tidak boleh di elakkan. Malah bagi 'kami' adlah amat perlu untuk mempersiapkan minda dengan kemungkinan lebih teruk dari 1998.
Hujah ini berasaskan perebutan kuasa yang berlaku. 1998, apa yang berlaku ialah Anwar Ibrahim difitnah ketika hampir di puncak kuasa oleh sekumpulan konspirator yang takut 'keselamatan' mereka terancam jika Anwar dibenar menjadi PM. Maka konspirasi dirancang tetapi konspirasi bukan ambil alih kuasa tetapi hanya menyingkirkan Anwar dan mendokong kuasa yang sedia ada iaitu Dr. Mahathir Mohamad.
Berbeza dengan plot kali ini. Konspirasi ke 2 ini berlaku ketika Anwar sudah menghampiri gerbang kekuasaan cuma kali ini dengan kuasa dokongan rakyat. Jika tidak berlaku kekecohan Sabtu lepas seawal minggu depan kerajaan akan bertukar atau selewatnya pertengahan September.
Suka atau tidak suka kenyataan Pak Lah memang sudah menjadi PM. Dia pasti turun cuma cepat atau lambat sahaja persoalanya. Malah melihat beberapa perkembangan sememangnya dia akan turun dalam masa terdekat. Kenyataan beliau yang mengatakan beliau tidak tahu apa - apa mengenai wujudnya konspirasi sememangnya boleh dipercayaai, kerana memang sudah di ketahui umum apa yang Pak Lah tahu pun. Maka Pak Lah bukan faktor dalam persaingan politik Malaysia.
Dua nama dikaitkan mampu menggantikan Pak Lah, Anwar dan Najib. Dalam persaingan ini Anwar di lihat ke depan jauh. Najib walaupun memegang kuasa tetapi dia tidak berani bersaing. Sejarah membuktikan bagaimana dia tidak pernah berlawan dalam Umno. Malah satu ketika dia berada bersama Team B tetapi dia berpatah balik bersama Dr.Mahathir setelah takut dengan persaingan yang amat kuat selain dari kesudian Anwar mengosongkan kerusi Ketua Pemuda Umno untuk beliau duduk tanpa persaingan.
Namun plot kali ini berbeza, ia persaingan mati - mati. Jika Najib berjaya dapat menjadi PM dalam masa terdekat Anwar akan mati karier politik (dalam usaha menjadi PM). Najib sudah pasti melakukan pembersihan politik dengan rakus untuk memadam terus politik Anwar, tetapi jika Anwar berjaya menduduki kerusi PM sebelum Najib, bukan sahaja karier politik Najib akan habis malah Najib dan keluarga dalam bahaya kerana turut terkait dengan beberapa jenayah berat yang dilakukan. Malah Najib bernasib baik kerana tidak kesorangan dalam isu ini keraja semua yang kelihatan bakal terancam dengan sosok Anwar termasuk keluarga Dr. Mahathir sudah pasti bersatu teguh denganya.
Ketika melihat Anwar begitu laju di depan menghampiri pucak kuasa, Najib perlu mencari alasan untuk memperlahankanya. Sememannya kelihatan agak tergesa - gesa dan tanpa 'drumming up' yang teratur fitnah liwat di letupkan. Ini mengejutkan semua dan rakyat cepat menolaknya. Namun kita jangan terkejut kerana kali ini sudah tentu plot rekaan cerita akan jadi lebih baik dan sempurna. Team yang sama terlibat....polis yang sama , peguam negara yang sama sudah tentu akan lebih berhati - hati dalam mereka plot ...sudah tentu kondo yang tidak siap tak akan berulang.
Oleh kerana persaingan kali ini bukan mempertahankan kuasa tetapi perlumbaan ke arah puncak kuasa makanya permainannya pasti akan lebih kasar.
Dua hari lepas tentera dan polis sudah menjalankan 'Joint Exercise' di tengah Ibukota. Ini perkara yang tidak pernah berlaku. Musa Hassan yang mengawal Polis dan Najib yang mengawal tentera adalah dua individu yang sudah tentu terancam jika benarkan Anwar berkuasa.
Mereka pasti cuba mencipta sesuatu yang lebih hebat lagi sesudah yakin berjaya memperlahankan gerakan Anwar dengan bom fitnah liwat. Sesuatu perlu diletupkan untuk meyakinkan rakyat bahawa suasana tidak tenteram. Anwar dan beberapa lain yang mampu mengganggu misi Najib harus ditahan atas alasan keselamatan dan diasingkan dari masyarakat. Benar untuk keselamatan tetapi untuk keselamatan memastikan misi Najib berjaya diselesaikan.
Apa misinya ? Misinya ialah mengambil alih jawatan PM sesegera mungkin. Orang Umno yang sudah sedia maklum bahawa Presiden Parti lemah akan diyakinkan betapa perlunya Presiden ditukar kerana jika Presiden tidak ditukar sudah pasti Umno akan terus melemah dan akan jadi sejarah. Maka selepas Anwar dan teman diasingkan dari masyarakat. Atas alasan keselamatan pula tentera dan polis berkawal di tempat strategik (kemungkinan perintah berkurung) dan 'coup' dalam Umno akan diadakan.
Ini mengingatkan saya dengan pengkisahan sejarah kisah rampasan kuasa yang dilakukan Tun Razak terhadap Tunku Abd. Rahman.
Ini semua tidak mudah berlaku jika kuasa rakyat kuat ! Ayuh berhimpun sejuta rakyat secara aman di Stadium MBPJ Kelana Jaya, 6 Jun ini. (sambungan) Konspirasi 2 bahagian dua malam nanti menyentuh mengenai cabaran sumpah oleh alFadhil Ustaz Abdul Azzez , Ketua Putera Umno

1 comment:

  1. Anonymous10:56 PM

    bosan sama ini cigku tadika lah..GAGAL..

    ReplyDelete