Wednesday, June 25, 2008

KENYATAAN MEDIA PROTES - 25 Jun 2008

(sila klik poster di atas untuk imej lebih besar)


Sekretariat PROTES telah mendapat panggilan daripada ramai pihak yang inginkan kepastian berkaitan tarikh sebenar bagi Himpunan Aman PROTES Sejuta Rakyat. Justeru, kami sekali lagi ingin mengulangi bahawa PROTES telah menetapkan satu TARIKH MUKTAMAD bagi himpunan ini iaitu :
6 Julai 2008 ( 6.7.08)
Hari Ahad Jam 9
Di Padang Timur, Petaling Jaya,
(Berhadapan Amcorp Mall)Selangor
Justeru, PROTES menegaskan bahawa tiada lagi sebarang pindaan tarikh bagi Himpunan Aman PROTES Sejuta Rakyat ini.Persiapan ke arah perhimpunan ini sedang giat berjalan lancar dan pihak penganjur telahpun menyediakan pelbagai pengisian menarik kepada para peserta himpunan yang datang dari seluruh negara.
Segala bentuk pengisian himpunan itu nanti adalah selari dengan matlamat PROTES untuk memaklumatkan rakyat darihal isu berkaitan harga minyak, pengagihan kekayaan Petronas, salah guna kuasa dan salah tadbir urus kewangan negara yang menatijahkan keadaan di mana rakyat menjadi mangsa kerakusan dan kelemahan pentadbiran yang ada.Pidato penerangan ini akan disampaikan oleh Pemimpin-Pemimpin kanan Pakatan Rakyat dan juga Pemimpin Badan-Badan NGO yang bergabung di dalam PROTES.Kami juga ingin memaklumkan bahawa PROTES sedang berusaha untuk membawa semua Menteri Besar dan Ketua Menteri bagi Kerajaan Pakatan Rakyat, Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan dan Ahli-Ahli Yang Berhormat Pakatan Rakyat ke acara Himpunan Aman ini bagi membuktikan kepedulian dan kebersamaan mereka dalam memahami derita dan perit jerih rakyat kesan akibat kenaikan harga minyak yang begitu mendadak pada 4 Jun 2008 yang lepas.
Sebagai reaksi terhadap isu semasa berkaitan harga minyak yang dibahaskan di Parlimen baru-baru ini, PROTES berpandangan bahawa Kerajaan dan Ahli-Ahli Parlimen BN jelas mengkhianati mandat dan kepercayaan rakyat bila mana meluluskan satu usul yang menyokong langkah kerajaan menaikkan harga minyak yang telah dibentangkan di Dewan Rakyat pada 23 Jun 2008 yang lepas.Tindakan tersebut tidak dapat diterima rakyat dan jelas merupakan satu lagi taktik murahan untuk mereka memancing perhatian dan pemahaman rakyat kononnya di samping usaha memaksakan legitimasi palsu (tidak popular) ke atas tindakan Abdullah Ahmad Badawi menaikkan harga minyak.
PROTES melihat usul tersebut sengaja dibentangkan dan dibahaskan dalam Parlimen semata-mata meredahkan kemarahan rakyat atas keputusan unilateral Perdana Menteri selepas beberapa MT UMNO sendiri mengesahkan bahawa kenaikan harga minyak tidak pernah dibincangkan sama ada di dalam Mesyuarat MT UMNO mahupun Mesyuarat Majlis Tertinggi BN.Justeru, usul tersebut bukannya untuk kebaikan rakyat tetapi merupakan satu usaha paksa bagi memulihkan kepercayaan rakyat, penyokong serta pemimpin BN sendiri kepada Abdullah Ahmad Badawi yang senantiasa konsisten untuk tidak konsisten dalam janji-janjinya.Sehubungan dengan itu, PROTES menggesa seluruh rakyat yang terbeban dengan kenaikan harga minyak ini tanpa mengira ideologi politik masing-masing agar TURUN pada 6.7.2008 (678) nanti untuk menunjukkan protes mereka yakni “Protes Rakyat” atas tindakan tidak berperi kemanusiaan pihak pemerintah.
Akhirnya, PROTES sekali lagi mengulangi pendirian tegasnya bahawa hak berhimpun dan meluahkan perasaan adalah hak asasi yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia Perkara 10. Justeru, rakyat tidak harus dihalang daripada mempraktikkan hak mereka yang jelas dijamin oleh Perlembagaan negara.
GABUNGAN MEMBANTAH KENAIKAN HARGA [PROTES]

2 comments:

  1. Anonymous6:38 PM

    berani ke YB Yb pakatan semua datang.... aku berani jamin mesti ada yang tak datang alasan...antar anak sekolah le ... bini sakit le... hahahahaaaa

    ReplyDelete
  2. Anonymous10:37 AM

    heheheheh. boo sama pakatan

    ReplyDelete