Saturday, December 08, 2007

"Boikot Media" jangan jadi seperti Boikot Ayam atau Boikot Minyak .....

Cukup tertekan dengan kesibukan saat akhir. Minggu depan perlu menduduki peperiksaan akhir, mengadap jawatankuasa university untuk mempertahankan proposal, penyiapan kertas semester untuk subjek Hubungan antarabangsa juga mencabar ruang masa dan pikiran. Nasib baik Mohamad, sepupu yang balik bercuti dari Australia sudi membantu dalam usaha pengalih bahasa untuk kertas Doktrin Bush : Satu Analisa Hegemoni berideologi Gramsci yang aku tulis dalam Bahasa Melayu.

InsyaAllah sebelum balik ke Malaysia 16 Disember ini akan cuba update khususnya mengenai kandungan laporan BPR ke atas Menteri Besar Negeri Sembilan. Kesian juga kepada ‘pelapor-pelapor’ Pejabat MB Negeri Sembilan yang terjengok – jengok blog ini hamper setiap hari khususnya semenjak laporan itu dibuat. IP SUK/Pejabat MBNS hamper setiap hari kelihatan singgah ke blog ini. Buat mereka saya mohon maaf kerana sibuk sangat dan jika ada masapun banyak isu yang perlu ditulis....kepada teman yang mengikuti blog ini mungkin sudah terbiasa dengan janji nak tulis kemudian terus lupa…hehehe… Namun kepada mereka di Pejabat MB Negeri Sembilan jangan khuatir anda tidak akan dihampakan. Saya juga sedang berhubung dengan teman – teman Anak Muda Negeri Sembilan untuk melihat mana yang harus ‘dipersembahkan’ dahulu. Khabarnya Mohamad cukup panic sehingga ketika merasmikan pejabat BPR N.Sembilan beliau membatalkan sidang medianya kerana takut diserang soalan ‘bonus’. Tulisan ini juga penting untuk menjelaskan hubungan laporan tersebut dengan kem bekas MB N.Sembilan kerana banyak cakap-cakap kedai mengenai perkara ini.

Sementara itu nak diperturunkan satu petikan artikel dua minggu lepas yang dikemaskini semula, ini pula bagi menjawab komen dan email yang cuba mengusik kononya cheGuBard tidak setuju dengan usaha boikot media kerana beberapa orang yang terlibat untuk cuba nasib meneraju kempen tersebut kali ini. Pertama che’GuBard tidak pernah tidak setuju dengan boikot media. Kedua komen bukan kerana siapa tetapi strategi apa..? Untuk itu baca petikan semula artikel dibawah ini dan fahamkanlah……….:

Media Bebas

Kini menjelang pilihanraya kempen boikot media kedengaran lagi. Maka lahirlah Gasak yang di tunjangi oleh beberapa teman pemuka parti keADILan... seperti MPT keADILan Khalid Jafar dan bekas calon Ketua AMK dalam Kongres yang lepas, Hasmi Hashim. Tahniah ia merupakan usaha kecil yang mungkin mampu menggerakkan tekanan yang besar. Kempen boikot media era reformasi memberikan mereka ini inspirasi.

Editor KL Pos juga ada menghubungi melalui email, meminta komen mengenai usaha boikot media ini. Dalam isu ini che'GuBard jelas.... dalam dunia hari ini tiada media bebas....aktivis dan rakyat diharap jangan keliru...antara media bebas dengan kebebasan media....

Begini penjelasanya.. dari segi hak kepenggunaan tindakan boikot media itu tepat kerana ia memberikan tekanan kepada pemilik media untuk melaporkan kebenaran sesuai dengan kehendak pembaca yang membeli media tersebut. Tetapi dari segi politik ia kurang tepat... kita seharusnya menumpukan usaha tekanan kepada hak kebebasan mewujudkan media.

Jika tanpa masalah permit dan kebenaran adakah Harakah atau Suara Keadilan, bebas sepenuhnya ? Adakah semua berita yang dimasukkan oleh wartawan tidak ditapis mengikut kehendak pemilik media tersebut...? Adakah Suara Keadilan mampu mengeluarkan berita Abdullah menjadi Iman solat..? Sudah tentu tidak...sebegitu juga sudah tentu Berita Harian tidak akan mengeluarkan berita mengenai Presiden Pas

Tindakan boikot media tepat untuk mempraktikkan kuasa sebagai pengguna untuk mendapatkan berita yang tepat dan sesuai. Majalah masakan juga akan bertukar kepada tema hiburan jika mendapati tidak boleh membuat jualan dan permintaan kepada isu hiburan lebih tinggi.

Tetapi jika aksi politik ia harus di fokuskan kepada kawalan penerbitan media dan seumpamanya. Semua harus diberikan hak sama rata memiliki media sendiri ...baik cetak mahupun elektronik, sudah tiba masanya regim didesak mewujudkan Suruhanjaya Media Bebas untuk mengendali perjalanan media Malaysia. Isu ini harus ditangani dengan jelas dan tepat kerana ia melibatkan pembentukan minda rakyat Malaysia.

Jangan terperangkap isu ini perlu diperjelaskan. Jangan kita berfikir seperti Shafie Afdhal, harga Ayam naik maka kita kena boikot jangan beli ayam untuk hukum peniaga ayam di pasar. Harga minyak naik maka kita kena boikot jangan beli minyak...?

Usaha boikot dari segi exercise hak pengguna adalah betul. Tetapi dalam konteks Malaysia ia tidak tepat. Kaki tercucuk duri jangan hanya ubat kaki tetapi sebaliknya bersihkan jalan yang berduri. Yang kita perlukan sekarang ialah runtuhkan tembok kawalan media.

Mengambil contoh Amerika ketika kemuncak doktrin Bush porpular; tidak mungkin kita mampu melihat media seperti Comentary, Weekly Standard, Fox TV Station, harian seperti Washington Post menulis buruk mengenai Doktrin Bush. Ataupun Jurnal The National Interest menerbitkan tulisan mengkritik terbuka Bush tetapi kerana semua orang mampu punya media maka bertaburan juga media dan terbitan di AS itu sendiri yang mengkritik Doktrin Bush. Maka budaya berfikir rakyat akan lebih subur dan hidup…

Jangan salah sasaran... !!!

No comments:

Post a Comment