Monday, October 01, 2007

Tahniah : AMK Teluk Kemang / Pusat Aduan Rakyat N.Sembilan

Bagai melukut di tepi gantang

"Orang miskin memang macam inilah. 'Bagai malukut di tepi gantang',"ujar beliau sinis.

"Inilah polisi kerajaan yang memerintah hari ini. Bila sesuatu perkara sudah menjadi spekulasi, barulah semuanya kelam kabut,"katanya.

Sepatutnya JKM harus menjalankan tugas dengan bebas tanpa campur tangan orang atasan yang jelas mengutamakan suku sakat dan kroni mereka, kata Jurucakap Jejak Fakir Pusat Aduan Rakyat KeADILan Negeri Sembilan, Norazizi Aziz pula.

Pada pandangan Norazizi, itulah realiti di Malaysia , campur tangan pihak atasan adalah budaya, katanya.

"Kami akan desak pihak JKM untuk ambil tindakan sewajarnya dan bukan hanya berpeluk tubuh dengan pendedahan ini. Kami juga memandang serius akan remaja yang keciciran, ini persoalan anak bangsa Malaysia yang bakal mengundang masa depan gelap jika tiada pembelaan,"katanya.

Apa makna 50 tahun kemerdekaan kalau nasib orang fakir dan miskin diperkotak-katikkan, kata Norazizi yang juga mewakili Pusat Aduan Rakyat Negeri Sembilan.

Pusat Aduan Rakyat kesan fakir seluruh Negeri Sembilan

Ziarah ke rumah Ziti Zalilah dibuat Pusat Aduan Rakyat Negeri Sembilan merupakan salah satu program dalam rangka kerja mengesan fakir miskin di seluruh Negeri Sembilan sempena bulan Ramadhan untuk diberi bantuan.

Bagi fasa pertama ini, Pusat Aduan Rakyat Negeri Sembilan telah mengesan hampir 1500 orang miskin yang tidak terbela di Negeri Sembilan, katanya Norazizi.

Program bantuan fakir miskin ini akan dilancarkan secara rasmi dalam Program Jejak Fakir pada 7 Oktober ini di Teluk Kemang bersama AMK Teluk Kemang.

baca lanjut sila klik

untuk menyalurkan bantuan sila hubungi : Norazizi A. Aziz 0123696474

No comments:

Post a Comment