Wednesday, September 12, 2007

Abdullah vs tauke ayam

11 September lepas, blog ini melaporkan betapa tauke ayam pun berani mencabar kerajaan bawah Abdulah Badawi.

Utusan Malaysia hari ini pula melaporkan betapa sebenarnya suara ugutan tauke ayam yang diwakili Persatuan Peniaga Ayam Itik Perak itu sebenarnya tidak bermakna apa-apa kerana sememangnya di beberapa kawasan harga ayam sememangnya berada di atas paras syilling. Harga Syilling yang ditetapkan kerajaan langsung tidak dipedulikan oleh tauke ayam ini.

Akhir laporan selasa lepas che'GuBard mengajak rakyat memerhatikan dalam perlawanan Abdullah dilawan tauke ayam ini siapa akan menang ?

Akhirnya lewat waktu pejabat 12 September, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna mengumumkan bahawa harga syilling dinaikkan menjadi RM 6.00

Ini jelas bercanggah dengan pengumuman yang baru dibuat rabu lepas yang menetapkan RM5.60 sebagai harga syilling. Persatuan peniaga ayam minta nak naik RM 6.50. Kerajaan umum mulanya RM 5.60.

Maka dalam perlawanan Abdullah dilawan tauke ayam berkeputusan seri berdasarkan keputusan sebentar tadi di Putrajaya. Malangnya yang kalah dan rugi melopong ialah rakyat juga.

Mana jaminan kerajaan ekonomi terkawal, dalam keadaan baik dan jaminan barang tidak naik harga ?

Menurut kenyataan itu, harga ladang ayam hidup ialah RM4 sekilogram, manakala harga borongnya RM4.50 sekilogram dan harga runcitnya RM5 sekilogram.

Bagi ayam standard yang sudah disembelih dan dibersihkan beserta kaki, kepala, hati dan hempedal, harga borong ialah RM5.40 sekilogram dan harga runcit RM6 sekilogram.

Bagi ayam super iaitu ayam yang sudah disembelih dan dibersihkan tanpa kaki, kepala, hati dan hempedal, harga borong RM6 sekilogram dan harga runcit RM6.70 sekilogram.

No comments:

Post a Comment