Monday, May 14, 2007

Abdullah pengsan.....!?

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pengsan semasa menghadiri majlis jamuan rakyat dan perasmian Dataran Hadhari di Teluk Batik di Lumut tengah hari semalam.

Kejadian berlaku semasa menyerahkan kunci kepada sembilan penerima rumah program Khidmat Bakti Kelab Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC) di majlis kenduri rakyat di Teluk Batik, Perak, Abdullah tiba-tiba hilang keseimbangan badan dan hampir terjatuh.

Bagaimanapun, Perdana Menteri sempat dipegang oleh Menteri Besar Perak Datuk Seri Tajol Rosli Ghazali dan Pemangku Pengerusi BNBBC Datuk Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar.

Respon kepada kejadian itu Abdullah sendiri kemudian menyatakan (menurut bernama)

"Doktor tadi telah menjalankan bermacam-macam ujian termasuk ECG, darah dan tekanan darah dan kesemuanya adalah normal," katanya kepada pemberita di Lumut. Beliau diperiksa oleh doktor peribadinya Dr Sanjiv Joshi.

Sementara itu, Dr Sanjiv berkata keadaan yang dialami Abdullah itu adalah "berpunca daripada keletihan akibat cuaca panas."

"Selepas pemeriksaan menyeluruh, keadaan kesihatan Perdana Menteri didapati adalah baik dan tiada apa yang perlu dibimbangkan," katanya.

Dr Sanjiv berkata keletihan akibat cuaca panas boleh menyerang sesiapa sahaja kerana suhu pada ketika itu dilaporkan 44 darjah Celcius.

No comments:

Post a Comment