Friday, April 27, 2007

Selamat berjuang pusingan terakhir...

Selamat berjuang kepada teman - teman di Ijok ...hari terakhir kempen...

Selamat mengundi kepada pengundi Ijok....

Thursday, April 26, 2007

Mahathir minta pengundi jangan undi BN

Pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Ijok Sabtu ini merupakan masa yang terbaik untuk pengundi menghantar isyarat kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) bahawa tidak semuanya dalam keadaan baik, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Walaupun beliau tidak secara terus terang menggesa kira-kira 12,000 pengundi di Ijok supaya tidak menyokong kerajaan BN, tetapi beliau mengingatkan mereka supaya mengundi secara bijak Sabtu ini.

“Jika anda tidak berfikir (mengenai) apa yang anda lakukan, maka anda tidak akan memanfaatkan undi anda secara bijaksana, dan tentunya, anda yang patut dipersalahkan (kemudiannya),” katanya dalam temubual dengan malaysiakini semalam.

“Kecuali jika anda menghantar isyarat kepada kerajaan –“Lihat sini, jika kamu buat perangai, kamu mungkin tidak akan dapat undi saya dalam pilihanraya akan datang” – maka kerajaan akan kata –“Lihatlah, rakyat mengundi menyokong kita. Kami dalam keadaan yang cukup baik – ,” katanya.

Menurut Dr Mahathir lagi, jika pengundi di Ijok terpengaruh dengan ‘durian runtuh’ yang ditaburkan dalam pilihanraya kecil itu dalam bentuk projek pembangunan baru di kawasan tersebut, maka mereka harus menyalahkan diri mereka sendiri jika mereka (akhirnya) memilih kerajaan yang tidak baik.

“Jika anda mengundi (BN) kerana anda mendapat banyak wang atau kerana anda mendapat banyak projek, maka anda mungkin mendapat kerajaan yang tidak baik yang menggunakan wang untuk membeli undi anda,” kata Dr Mahathir.

Beliau juga kesal kerana penyokong BN mengundi kerajaan BN secara membuta-tuli.

“Mereka tidak kisah sama ada ianya kerajaan yang baik atau tidak. Kami orang Barisan. Kami undi Barisan. Tiada penilaian, tiada kajian dibuat. Kami undi (Barisan) kerana kami mesti (berbuat demikian). Itu sebabnya saya kata, rakyat akan mendapat kerajaan yang dipilih mereka sendiri.

“Jika ada tidak berfikir (mengenai) apa yang anda hendak lakukan, anda tidak menggunakan undi anda secara bijak, maka tentulah, anda sendiri yang patut dipersalahkan (akhirnya),” tambahnya.

Jika kalah, salahkan Khir Toyo...

Dr Mahathir berkata, jika kerajaan BN menang dalam pilihanraya kecil itu nanti, maka Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang akan mendapat segala pujiannya.

“Jika mereka menang, ianya adalah kerana Pak Lah, jika mereka kalah, ianya adalah kerana (Menteri Besar Selangor, Datuk Seri) Dr Mohd Khir Toyo,” katanya secara sinis.

Walaupun enggan mengatakan sama ada kenyataan beliau itu bermaksud menggesa pengundi Ijok memberi ‘undi protes’, Dr Mahathir berkata, BN tidak diharuskan diberi sokongan secara membuta tuli.

“Jangan undi BN secara membuta-tuli, Jangan undi PAS secara membuta-tuli, Jangan undi DAP secara membuta-tuli. Gunakan kebolehan anda untuk berfikir,” katanya.

Pilihanraya kecil Ijok diadakan selepas kematian penyandangnya Datuk K Sivalingam pada 4 April lalu. Ia menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon BN, K Parthiban dari MIC, dengan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tan Sri Khalid Ibrahim Sabtu ini.

Sejak beberapa minggu lalu, Ijok telah berubah wajah apabila jutaan ringgit diperuntukkan untuk membina masjid, sekolah, menurap jalan, projek perparitan, memasang lampu jalan dan pelbagai kemudahan lain di kawasan pilihanraya yang majoriti pengundinya orang Melayu.

Mahathir sebelum ini bertelingkah dengan Abdullah, pengganti pilihannya, yang didakwa tidak cekap menguruskan ekonomi negara, rasuah dan mengalamkan kronisme

Wednesday, April 25, 2007

Tahniah................

Dua hari lepas Era telefon dan beritahu yang Zizie (NorAzizie A.Aziz, Setiausaha keADILan Teluk Kemang) dapat anak perempuan. Dua hari ini juga cuba hubungi telefon Zizie tetapi gagal. Apa pun ucapan TAHNIAH (dari che'GuBard dan Era) kepada Zizie dan Linie kerana menyambut ahli baru dalam keluarga. Sekarang dah ada sepasang. Moga ia mengukuhkan lagi semangat untuk berjuang untuk masa depan negara.

Gambar atas tu gambar pasangan Zizie dan Line dengan baby pertamanya. Anak pertamanya dinamakan Anwar, anak kedua nama apa agaknya ?

Amir (Ketua Angkatan Muda Teluk Kemang) isterinya juga agak baru melahirkan anak kedua masa bertolak hari itu, apa khabar agaknya.... semoga semua selamat ...

Teman - teman AMNS, Ipin, Ajak, Ijam & Kak iena dan ramai lagi (jgn kecik ati nama tak sebut, bukan lupa cuma kang sampai esok menulis nama) kita akan jumpa InsyaAllah 28 April ini.

Tahniah buat kalian kelahiran News Letter Suara Anak Muda, kemunculan blog AMKNS, penyebaran risalah, pengukuhan jentera, aktiviti (khususnya ceramah Ezam di PD) dan seumpamanya terus berjalan lancar..... TAHNIAH...kalian telah memahami
Perjuangan Adalah Perlaksanaan Kata - kata....

teruskan usaha memperkasakan rakyat....

Monday, April 23, 2007

Hak asasi perlu dituntut bukan diminta...

Baru-baru ini Suhakam telah mengeluarkan laporan penuh berkaitan insiden keganasan polis terhadap rakyat yang menyertai perhimpunan aman di KLCC pada 28 Mei 2006 bagi membantah kenaikan tol.

Dalam laporan terbaru Suhakam ini beberapa cadangan telah dikemukakan oleh penel Inkuiri yang diketuai oleh Dato K.C. Vohrah (mantan Hakim Mahkamah Tinggi).

Antara lain:

- tidak menjadikan satu kesalahan jenayah (decriminalising) bagi perhimpunan tanpa permit polis di bawah seksyen 27 Akta Polis 1967;

- pihak polis tidak menghadkan hak mana-mana orang di negara ini untuk terlibat dengan mana-mana aktiviti yang berbentuk protes;

- memansuhkan sama sekali seksyen 27(2), (2A) hingga (2D), (4)(4A)(5)(5A) hingga (5C), (7), (8) dan seksyen 27A Akta Polis 1967.

Laporan tersebut juga mengecam tindakan pihak polis yang menggunakan helikopter untuk mengganggu mereka yang berhimpun. Pihak Suhakam begitu tegas mengecam pihak polis apabila juruterbang helikopter mengakui bahawa dia telah merendahkan helikopternya atas arahan ketuanya meskipun tindakannya tersebut diakui boleh membahayakan keselamatan beliau dan orang ramai.

Bagi pejuang-pejuang demokrasi di negara ini dan rakyat yang peka terhadap hak mereka, cadangan-cadangan Suhakam ini amat besar maknanya. Namun harapan untuk melihat ianya dilaksanakan oleh pihak kerajaan khususnya pihak polis amat kecil.

Kita tentu masih ingat bagaimana sebelum ini pihak Suhakam juga telah mengeluarkan laporan inkuiri berkaitan keganasan pihak polis terhadap rakyat yang berhimpun secara aman di Lebuhraya Kesas.

Laporan Kesas tesebut bukan sahaja mengesahkan bahawa pihak polis telah melakukan kesalahan pencabulan hak asasi rakyat untuk berhimpun secara aman, tetapi juga mencadangkan agar beberapa peruntukkan di bawah Akta Polis khususnya yang berkaitan dengan kebebasan berhimpun dipinda atau dimansuhkan terus.

Jika dilihat kepada laporan Kesas tersebut, Suhakam malah mencadangkan agar pihak polis tidak membuat sekatan jalan raya bagi menghalang orang ramai untuk menyertai mana-mana perhimpunan secara aman.

Di dalam laporan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Diraja Bagi Meningkatkan Operasi dan Pengurusan Polis DiRaja Malaysia yang dipengerusikan oleh Mantan Ketua Hakim Negara, Tan Sri Dzaiddin, pihak Suruhanjaya juga telah mengkritik sikap dan tindakan pihak polis dalam menangani isu hak berhimpun dan telah mencadangkan agar seksyen 27 dipinda manakala seksyen 27A, 27B dan 27C dimansuhkan sama sekali.

Seksyen 27 Akta Polis berkaitan dengan sekatan hak berhimpun di tempat awam yang memerlukan lesen/permit daripada pihak Ketua Polis Daerah manakala seksyen 27A adalah berkaitan sekatan kebebasan mengadakan aktiviti temasuk berhimpun di tempat persendirian ( private place).

Suruhanjaya Diraja ketika mencadangkan seksyen 27A dimansuhkan menyatakan "this (section) spells the end of the freedom of assembly, speech and association provided by the Constitution." (Terjemahan: seksyen ini melenyapkan kebebasan berhimpun, bersuara dan berpersatuan yang diperuntukkan oleh Perlembagaan.)

Selain Suhakam dan Suruhanjaya Diraja tersebut, pihak Mahkamah sendiri telah memutuskan dalam beberapa kes yang melibatkan pendakwaan di bawah seksyen 27 dan 27A memihak kepada mereka yang dituduh.

Dalam kes Dzulkilfli Ahmad v Pendakwaraya, Hakim Mahkamah Tinggi Johor Bahru memutuskan bahawa sebarang perhimpunan di tempat persendirian tidak memerlukan permit polis meskipun penganjur menggunakan pembesar suara dan suara penceramah melangkaui keluar daripada premis persendirian tersebut.

Di dalam kes terbaru Pendakwa Raya v Mohamad Sabu (2007) Hakim Dato Sulaiman Daud pula memutuskan bahawa perhimpunan di premis persendirian tidak memerlukan permit. Di dalam kedua-dua kes tersebut meskipun perhimpunan diadakan di rumah persendirian pihak polis telah menyalahguna kuasa mereka apabila meminta perhimpunan dihentikan dengan alasan tiada permit.

Setelah kita meneliti kesemua cadangan positif dari badan-badan yang ditubuhkan secara spesifik bagi menambah baik dan mempertingkatkan hak asasi manusia, persoalan yang harus ditanya adakah rakyat Malaysia hanya berhak untuk berkongsi cadangan-cadangan itu di kertas tanpa menikmatinya di dalam bentuk perlaksanaan.

Atau dengan suara yang lebih keras lagi adakah polis atau kerajaan benar-benar ambil peduli cadangan-cadangan tersebut atau ianya sekadar masuk ke telinga mereka yang pekak dan tersumbat!

Melihat kepada tindakan ganas pihak polis meleraikan mereka yang berhimpun di perhimpunan-perhimpunan menentang kenaikan tol hanya membawa kita kepada satu kesimpulan sahaja iaitu kerajaan dan polis langsung tidak peduli (laporan-laporan tersebut).

Harus diingat baik bahawa Suhakam mahupun Suruhanjaya Diraja yang ditubuhkan beroperasi dengan wang pembayar cukai. Jika pembayar cukai tidak mendapat manfaat daripada cadangan-cadangan positif hasil daripada laporan badan-badan tersebut, wajarkah badan-badan itu terus wujud dengan duit pembayar cukai.

Secara peribadi saya nyatakan di sini, kita perlu belajar dari banyak sejarah dunia...hak asasi sebagai manusia tersebut hanya akan diperolehi bukan dengan meminta atau mengharap tetapi perlu dengan kesedaran dan perlaksanaan. Ayuh lahirlah perjuangan anak muda yang berani, bangun , melaksanakan kata - kata..kita tuntut hak kita..


Friday, April 20, 2007

keADILan mula provokasi ? umno report polis


Selangor Umno Youth today lodged a police report against Parti Keadilan Rakyat for allegedly breaking election rules.

Mohamad Isa Abu Kasim, 41, a representative of Selangor Umno Youth, said in the police report that the Keadilan supporters outside the community hall in Batang Berjuntai, where nomination took place, were provoking the Barisan Nasional (BN) supporters.

He said the opposition party supporters were brandishing banners alleging corruption by Umno - "Buaya makan bangkai Umno - BN baham rasuah" and "Untuk Puteri and Putera Umno! Mereka merompak berjuta wang kita. Hanya RM100 diberi kepada kamu ... Kami sedih, maruah kamu diperbodohkan??"

He said the supporters also threw mineral water bottles, sticks and stones at the BN supporters.

He added that all this clearly went against Election Commission regulations and attached photos of the incident in the police report.
Maria J.Dass
The Sun

Taib harus tarik balik ugut saman Malaysiakini

Gerakan Demokrasi dan Anti Korupsi (GERAK) dengan ini melahirkan rasa kesal terhadap tindakan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud, untuk menyaman sebuah media elektronik, Malaysiakini.com

Taib melalui suratnya kepada Malaysiakini menyatakan akan menyaman dalam tempoh 48jam jika media itu gagal memohon maaf dan menarik semula laporan rasuah membabitkan beliau.

Sebagai seorang ahli politik veteran seharusnya Taib lebih paham dan bertanggungjawab. Menjadi tanggung jawab media dan peranan media untuk melaporkan, mendedahkan dan menyalurkan maklumat kepada rakyat.

Taib juga harus faham situasi kedudukan beliau sebagai Ketua Menteri seharusnya boleh menerima kritikan dan serangan mengenai cara beliau menjalankan tugas. Beliau harus menjawab dan berhak mempertahankan tindakan yang diambil, memahami hak beliau juga media seharusnya melaporkan semula respon Taib kepada rakyat. Maka akhirnya rakyat akan menjadi hakim. Itulah antara asas proses demokrasi.

Malangnya di negara Malaysia proses demokrasi hanya difahami sebagai memangkah kertas sahaja. Itu demokrasi palsu.

GERAK juga menyatakan solidariti bersama Malaysiakini.com untuk mempertahankan hak dan peranan media dalam negara demokrasi. Media seharusnya mampu menjadi ’Whistle blower’ kepada negara dalam banyak perkara.

GERAK menuntut Taib menarik semula ’ugutan’ saman beliau dan Malaysiakini seharusnya memberikan ruang liputan yang sewajarnya kepada Taib untuk menjelaskan kedudukan sebenar dan mempertahankan dirinya.

Rumah Dollah di Australia : Mahathir dan Khairy kelirukan rakyat.

Dalam satu ceramahnya di Kulai 29 Mac lepas, Dr. Mahathir Mohamad, bekas Perdana Menteri ke 4 Malaysia telah menarik perhatian rakyat apabila membongkarkan mengenai Perdana Menteri, Abdullah Badawi memiliki sebuah banglo mewah bernilai RM60 juta di Australia.

Pendedahan Dr. Mahathir ini amat menggemparkan sehingga mengheret menantu Perdana Menteri yang juga Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin untuk menjawab tuduhan tersebut.

Menurut Khairy banglo tersebut bukanlah milik Abdullah tetapi milik anak lelaki Abdullah. Malah Khairy menambah bukan menjadi kesalahan untuk saudara mara Perdana Menteri memiliki kekayaan. Dalam kenyataan yang sama juga Khairy memberikan amaran kepada yang sering mengkritik keluarga Perdana Menteri agar berhenti kerana jika dia juga mengambil langkah yang sama iaitu mendedahkan kekayaan keluarga pemimpin lain ia akan lebih memalukan.

Namun 17 April lepas secara tiba – tiba Dr. Mahathir telah bertindak anti klimaks apabila memohon maaf dan menarik semula kenyataanya mengenai banglo tersebut.

Banglo mewah RM60 juta tersebut sebenarnya adalah milik Wong Mun Yee @ Cindy Lim, isteri seorang jutawan Malaysia, Patrick Lim Soon Kit.

Maka timbul persoalan, kenapa Dr. Mahathir tuduh dan tarikh balik tuduhan sedangkan menantu Abdullah mengakui Kamaluddin (anak lelaki Abdullah) memiliki banglo mewah tersebut ?

Kedua adakah Patrik Lim Soon Kit berkongsi harta kekayaan dengan keluarga Perdana Menteri dan untuk mengelakkan sebarang perkara berbangkit ia sebuah banglo milik keluarga Perdana Menteri dibeli atas namanya ?

Ketiga atau Khairy tersilap mengaku, maka sebenarnya banglo yang dimaksudkan Khairy ialah banglo lain di Australia ? Maka berapa banyak kekayaan negara yang dipunggah pemimpim politik dan disimpan di luar negara ?

Keempat Khairy ugut akan dedah harta keluarga pemimpin lain, siapa pemimpin itu yang juga memunggah harta negara ? Jika diterjemahkan secara mudah ugutan Khairy mungkin berbunyi.... bukan keluarga aku (Perdana Menteri, Abdullah) sahaja yang punggah kamu juga buat, maka pandai makan pandai simpan...diam – diam sudahlah...

MUHIYUDDIN MAHU TIPU SIAPA ?

20 April Malaysiakini.com melaporkan Naib Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, generasi muda tidak seharusnya memandang rendah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kerana beliau masih baru memegang tampuk pemerintahan negara.

Muhiyuddin dilaporkan berkata sedemikan dalam pertemuan sesi dialog dengan kira-kira 20 pemimpin Kelab Umno New Zealand dan Australia di Formosa Auckland Country Club, di New Zealand.

Pertama sekali ingin diperingatkan berapa tempoh ‘masih baru’ bagi Muhiyiddin itu ? Adakah tempoh 2003 – 2007 itu baru. Dalam kebanyakan negara yang maju dalam meengangkat demokrasi, jawatan penting hanya dihadkan kepada 2 penggal iaitu sekitar 8 – 12 tahun. Maka Abdullah telah melalui hampir separuh tempoh pemerintahan ketua negara jika diukur dari itu.

Kedua ialah jika di ukur bezakan tempoh awal pemerintahan Abdullah dan tempoh awal pemerintahan Dr. Mahathir maka jelas Abdullah bukan sahaja jauh lebih ketinggalan dari segi pencapaian tetapi jauh lebih korup. Mahathir memerlukan 20 tahun lebih untuk mengumpul kekayaan dan korup tetapi Abdullah berjaya melakukan sejak dari tempoh awal pentadbiranya.

Dalam majlis itu Muhiyuddin menjelaskan lagi bahawa, rakyat Malaysia amat bertuah kerana kini keadaan ekonomi negara sudah bertambah baik walaupun ada pihak yang kurang yakin dengan kebolehan Abdullah membuat perancangan ekonomi negara dan memberi gambaran kononnya ekonomi negara semakin menguncup.

Seperti pada zaman pentadbiran Tun Dr Mahathir, pelbagai projek besar dilaksanakan dan agensi-agensi kerajaan diberikan peruntukan besar untuk berbelanja bagi menggalakkan ekonomi negara sebagai langkah untuk mengatasi ekonomi negara yang merundum akibat tindakan penyagak matawang.

Bagi hujah tersebut ternyata Muhiyuddin gagal mengemaskini maklumat dalam 'pita pengetahuan' beliau. Tidakkah beliau maklum bahawa Dr. Mahathir sudah pun berpeluk dengan Soros di Kuala Lumpur dan Dr.Mahathir juga mengakui bahawa penyangak Soros (penyangak matawang yang dimaksudkan ketika itu) bukanlah punca krisis ekonomi pada ketika itu.

Mungkin benar kata Muhyiddin, tindakan itu mengukuhkan lagi ekonomi negara apabila pada tahun lalu ekonomi meningkat sehingga 5.9 peratus dan tahun ini dijangka dapat mencapai sehingga enam peratus.

Tetapi sebenarnya persoalan rakyat kini ialah pembahagian ekonomi, mungkin benar pembangunan atau ekonomi atau pasaran saham meningkat tetapi apa rakyat dapat. Kapitalis besar terus mengumumkan keuntungan atau unjuran keuntungan berbilion tetapi rakyat terus dihimpit kenaikan tol, minyak dan barangan keperluan.

Masalah Malaysia ialah mengamalkan ekonomi kroni kapitalisma yang memupuk kekayaan di kelompok tertentu sahaja dan kini keadaan bertambah parah apabila tradisi ini diteruskan oleh Abdullah dengan mengecilkan jumlah kroni dengan dikalangan syarikat berkepentingan rapat keluarganya sahaja. Lebih memparahkan, Abdullah yang semakin melemah hanya mengikut telunjuk 'player - player' di kelilingnya.

Pertempuran baru bermula.

Sepak mula di Ijok menyorot perhatian dunia. Pertanyaan Prof. Park pagi tadi 'menyentat' jantung aku.

"Sekarang ada pilihanraya kecil kan di Malaysia ? Parti Anwar (Parti Keadilan Rakyat) bertandingkan ? Ada peluang ?" tanya Park ketika kami berselisih di pintu keluar kelas.

Sebenarnya aku mengelak untuk menulis pasal pilihanraya ini kerana aku tidak mahu 'anti klimaks' kerana percanggahan dengan mood semasa...tetapi aku memerhati dari dekat perkembangannya....

setelah meneliti beberapa perkembangan melalui internet dan perbualan "google talk" dengan kawan - kawan , suka atau tidak pilihanraya ini penting kerana ia pertembungan proksi Najib dan Anwar. keADILan memulakan dengan dengan baik...bukan bertahan tetapi menyerang.....

Nantilah malam ini aku cuba tulis mengenai apa yang ada dibenak ini. sila layari http://ijok2007.wordpress.com/ untuk berita dari Ijok.

Wednesday, April 18, 2007

Sokong hak orang asal...! Mereka sudah GERAM !!

Perjuangan orang asal mempertahankan tanah dan hak mereka bukan suatu yang baru. Dalam ban yak hal mereka ini dilupakan, ditekan dan dipinggirkan. Hutan merupakan kampung halaman mereka, tetapi hutan diceroboh oleh kapitalis yang dinanungi pemerintah.

Seperti biasa jika mereka yang marhaenis membuka tanah untuk pertanian sara hidup mereka dikatakan penceroboh tetapi bila kapitalis merampas tanah mereka kata itu penerokaan untuk pembangunan.

Mereka (orang asal) di mana - mana di hutan Pahang, di Sarawak mahupun di Sabah hanya akan di ingati menjelang pilihanraya, selori 'tuak', sekandang babi akan dikorbankan untuk membuat pesta me'nyemah' dosa lalu BN.

Tetapi bukan semua mereka mampu ditipu oleh BN selamanya.... ada yang cerdik dan tinggi nilai harga diri. Mereka ini bangkit melawan... mereka melawan dengan kata - kata tetapi dipatahkan dengan janji manis pemerintah..mereka melawan dengan undang - undang di tewaskan dengan mainan eksploitasi mahkamah...akhirnya mereka melawan dengan tenaga ... mereka bakar kem 'pembalak' kapitalis..... salah siapa apabila mereka mengambil undang - undang ditangan mereka ?

...................................................................................

Polis menahan empat tuan tanah kaum Iban di Sri Aman semalam kerana didakwa membakar kem bergerak milik sebuah syarikat pembalakan yang beroperasi di Silantek, kira-kira 180km dari bandar Kuching.

Ketua Polis Sri Aman Mat Jusoh Muhamad mengesahkan keempat-empatnya ditahan reman untuk siasatan berhubung laporan yang dibuat syarikat tersebut terhadap mereka.

Mereka terdiri daripada aktivis tempatan, Jacob Emang, 59, bersama Ziglar anak Kasau, Edward Ungga dan Gerah ak Gugat.

dilaporkan oleh sebuah media internet, Mat Jusoh memberitahu melalui telefon bahawa beliau tidak dapat menyatakan bila atau sama ada mereka akan didakwa di mahkamah.

Bagaimanapun difahamkan, keempat-empatnya telah menghubungi peguam Baru Bian (foto) di Kuching untuk mewakili mereka,.

Sakit jantung

Setiausaha Agung Persatuan Dayak Iban Sarawak(Sadia) Nicholas Bawin berkata, mereka ditangkap dan ditahan reman selepas diminta hadir di balai polis Sri Aman.

Jacob dikatakan mempunyai masalah sakit jantung dan difahamkan, peguamnya akan menulis kepada pihak poli supaya membebaskannya daripada tahanan reman supaya dia boleh mendapatkan rawatan.

Kejadian tersebut dikatakan berlaku Khamis lalu selepas terdapat aduan-aduan sejak dua tahun lalu mengenai kegiatan pembalakan yang dijalankan di kawasan tanah milik kaum Iban.

Beberapa pertelagahan berlaku antara tuan tanah dan syarikat pembalakan yang diberi permit untuk mengeluarkan balak dari kawasan kampung di Balai Ringin dan Pantu di Sri Aman.

Badan-badan bukan kerajaan (NGO) telah memperjuangkan nasib penduduk terbabit, dengan meminta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) campurtangan untuk menyelesaikan isu tersebut tetapi semua gagal.

Mereka bukan mahu menjadi ahli parlimen atau tauke besar. Mereka cuma mahu jangan diganggu kampung mereka, tempat cucuk tanam sara hidup, tempat anak bermain.....Mereka percaya dengan perjuangan adalah pelaksanaan kata kata ....maka mereka mula melaksanakan .... lahirlah perjuangan Gerakan Anak Muda!!

Monday, April 16, 2007

Internationalis !




Stand up, all victims of oppression,
For the tyrants fear your might!
Don't cling so hard to your possessions,
For you have nothing if you have no rights!
Let racist ignorance be ended,
For respect makes the empires fall!
Freedom is merely privilege extended,
Unless enjoyed by one and all.
So come brothers and sisters,
For the struggle carries on.
The Internationale,
Unites the world in song.
So comrades, come rally,
For this is the time and place!
The international ideal,
Unites the human race.

Let no one build walls to divide us,
Walls of hatred nor walls of stone.
Come greet the dawn and stand beside us,
We'll live together or we'll die alone.
In our world poisoned by exploitation,
Those who have taken, now they must give!
And end the vanity of nations,
We've but one Earth on which to live.
So come brothers and sisters,
For the struggle carries on.
The Internationale,
Unites the world in song.
So comrades, come rally,
For this is the time and place!
The international ideal,
Unites the human race.

And so begins the final drama,
In the streets and in the fields.
We stand unbowed before their armour,
We defy their guns and shields!
When we fight, provoked by their aggression,
Let us be inspired by life and love.
For though they offer us concessions,
Change will not come from above!
So come brothers and sisters,
For the struggle carries on.
The Internationale,
Unites the world in song.
So comrades, come rally,
For this is the time and place!
The international ideal,
Unites the human race.

Sunday, April 15, 2007

Black sudah pergi, cheGuBard baru di sini.....

April 8, 2007 jam 5.00 petang, kali terakhir aku memeluk dan bersalaman dengan Black sebelum dia melangkah masuk ke pintu 4, keberangkatan antarabangsa, Incheon International Aiport untuk menaiki penerbangan pulang ke Malaysia.

Aku kenal anak muda yang dikenali sebagai Black ini lama dulu. Tahun 1999 dia hadir berceramah menjelang Pilihanraya di Negeri Sembilan mewakili kelompok mahasiswa anak muda yang mengegelarkan diri mereka UBU. Ketika itu aku aku umpama tentera gurkha tampal poster, edar risalah, pasang pentas dan perbagai kerja gerila aku lakukan.

Selepas 2000 aku mula membaca artikel Hishamuddin Rais, adalah dua tiga kali aku hadir kelas falsafah kendalian Hishamuddin Rais di UBU, Bangsar Utama. Di situ aku mula berkenal rapat dengan Black.

Semenjak aku mula berhijrah ke Kuala Lumpur (selepas tidak tinggal bersama Dato’ Sanusi ketika itu Exco Pemuda keADILan) aku sering melepak dan bermalam di rumah Black di atas Restoran Mydin. Di rumah itu walaupun sempit dan tidak selesa tetapi kerana keramahan Black dan line internet (wireless) yang laju boleh didapati maka aku menjadi senang di situ.

Black pernah bermalam dirumah aku di Seremban. Aku pernah travel ke perbagai tempat dengan Black tetapi dia tidak pernah beri peluang aku berkenal keluarganya...aku juga tidak tahu kenapa ?

Hasil dari membaca dan pendedahan sekitar aku mungkin berjiwa revolusi (kerana itu aku pakai nama che’GuBard). Kalau aku cakap begitu ramai kata aku syok sendiri, tetapi lantak mereka itu hak mereka tetapi hak aku juga untuk berjiwa seperti aku.

Maka dengan anak – anak UBU aku agak senang bercerita dan berkongsi angan – angan revolusi aku ini, kerana dengan mereka aku bukan hubungan politik, tiada cerita kejar jawatan pangkat atau glamor...bagi aku mereka marhaenis yang hanya nak hidup dengan cara mereka dan berbakti pada massa.

Ada juga terkecewa apabila aku tersilap hitung membawa seorang anak muda UBU ke kancah politik, menjelang pemilihan di Ipoh aku bawa dia bertemu pimpinan pertengahan AMK untuk memastikan kemenanganya. Mungkin ada benar kata orang politik ini kotor (walaupun aku tak setuju). Anak muda itu entah aku tidak sedar bila garis mulanya tiba – tiba memusuhi aku mungkin kerana cita politik yang terlalu tinggi dan tebal. Aku kini hilang ’dia’ untuk berkongsi angan – angan revolusi.

Masih aku ingat tengahari yang aku bawa Era Hanem belanja Black makan tengahari ketika hari dia nak berangkat setahun ke Korea. Dalam masa makan tengahari itu perbagai cerita dikongsi. Black kelihatan teruja sekali hendak hidup lama di bumi asing. Katanya dia akan pastikan langkah dia merupakan pembuka pintu anak Malaya terdedah kepada dunia.

September 2006, selepas Kongres AMK di Pulau Pinang aku terpaksa bergegas pulang ke Kuala Lumpur untuk mengambil penerbangan ke Korea Selatan. Aku terpilih antara ratusan permohonan dari seluruh Asia untuk menyertai 2006 Gwangju Asian Human Right Folk Scholl selama sebulan. Program ini anjuran May 18 Gwangju Memorial Foundation, tempat Black bertugas sebagai intern.

Ramai juga anak Malaysia yang memohon malah ada yang marah kepada Black kerana tidak dipanggil. Ada yang tuduh aku dapat kerana rapat dengan Black dan ada yang cuba perkecilkan dengan mengatakan esei dan borang permohonan aku ’dia’ yang sediakan. Walauapapun aku nak ucap terima kasih kepada Sharifah Shahidah Syed Kamaruzaman ’Shasha’ kerana aku tulis semua dalam Bahasa Melayu dan dia yang translate semua dalam English.

Walaupun sebelum itu aku sudah banyak sertai program luar negara melalui parti dan aktiviti belia serta kebudayaan yang aku sertai namun program Folk School itu paling lama dan benar mendedahkan aku dengan networking peringkat Asia. Memeranjatkan juga apabila aku terpilih peserta terbaik dikalangan aktivis seluruh Asia. Untuk itu aku ditawarkan biasiswa penuh melanjutkan pelajaran di SungKongHoe University.

Dalam program ini jugalah aku terpaksa panggil nama Black dengan nama rasminya Amin Iskandar. Kadang – kadang kami sama tertawa kerana tidak pernah aku panggil dia dengan Amin Iskandar dan bercakap ”English” denganya.

Aku tinggalkan Korea dalam minggu pertama Ramadhan dalam tahun 2006, Black aku tinggalkan dengan perbagai masalah ketika itu. Aku kacau dengan tawaran setahun di Korea.

Mulanya aku berbelah bagi tetapi atas sokongan Ezam dan Era serta desakan keadaan semasa aku ambil keputusan untuk menerima tawaran tersebut. Berat hati juga nak tinggalkan sahabat rapat seperti Azizi dan Amir serta lain - lain di AMNS dalam keadaan yang belum siap....(maaf tapi kali cepat dewasa bersama keadaan yang menekan)

Aku sampai lewat untuk daftar diri di SungKongHoe University. Aku perlu beri masa pada Era dan persekitaran kerana aku baru kahwin ketika itu. Dalam bab ini aku puji Era dia pendokong aku nombor satu. Aku tahu dia berat tapi dia tetap sokong semua yang baik untuk aku.

Febuari 27, 2007 sekali lagi aku jejak kali di bumi Kimchi ini. Kali ini untuk tinggal lebih lama sebagai pelajar dan aktivis antarabangsa. Sepanjang hampir dua bulan aku bukan sahaja sibuk untuk sesuaikan diri dengan kehidupan sebagai seorang pelajar tetapi aku di seret oleh Black untuk bertemu dengan rangkaian aktivis yang telah disusunnya setahun di Korea. Aku lihat Black sudah berbeza, mungkin setahun di Korea mendewasakanya.

Rangkaian dalam dan luar Korea mula terbina tugas aku ialah rebaknya. Malam terakhir sebelum dia pulang, kami disertai oleh Maz Irwan dan beberapa aktivis dari perbagai negara Asia tidak tidur semalaman. Banyak yang kami bualkan khususnya pasal penyusunan anak muda serantau dan bagaimana menuntaskan kerja revolusi di Malaysia.

Black kata ”hang kena belajar dulu setahun, mantapkan networking kemudian baru pulang bina anak muda dari pengalaman yang ditimba...politik sempit tak kemana”

Walaupun Black lebih muda dari aku tapi malam itu kami bincang hingga tuntas. Aku sedar selama ini mungkin kami banyak buang masa. Ada beberapa peranan yang perlu dia dan teman – teman lakukan segera....dia perlu pulang segera ke negara...tahun ini juga beberapa anak muda yang berada di luar negara juga akan pulang..kita akan mulakan kerja...

Hari ini Black telah pulang...tetapi che’GuBard masih di sini....menyambung kerja menimba pengalaman.

April 27, 2007 ini aku akan pulang sebentar hingga Mei 8,2007....aku ingin bertemu teman – teman berkongsi pedoman sebelum ke Bangkok untuk mendapatkan beberapa maklumat untuk menyelesaikan kajian.

Dalam masa itu aku juga akan buat keputusan besar berdasarkan pendapat dan nasihat teman – teman.

Lahirlah Gerakan Anak Muda pewaris pejuang negara...dengan nyawa dan nafas baru....hancurkan fahaman tua...ke arah dunia yang lebih sempurna dan adil kepada semua.

* pic 1 ialah cover Gwangju News majalah terbitan GIC keluaran MAC dan pic 2 ialah cover Majalah Mahasiswa Progresif terbitan 15 April - 15 Mei

Respon Email : Petronas sokong junta tentera

Dua hari lepas satu email dari Capt. Halib Saad" telah singgah ke kotak email chegubard@gmail.com. Email tersebut dikepilkan.

.........................................................

Assalamu'alikum Badrul Hisham,

Izinkan saya maklumkan pada En. Hisham bahawa selain Petronas, masih banyak lagi Negara lain yang terlibat (kurang lebeh 4 atau 5 negara lain) termasuk juga dari negara America.

Saya rasa tidak salah kalau Malaysia ( Petronas ) juga menerokai dalam bidang ini di Myanmar.

Pedulikan America dengan daleh2 nya tentang human right. Sedangkan dia sendiri preaching its own brand of democracy.

Ada kah kita yang berfikiran waras harus mengikut jejak langkah America dan negara sekutu nya untuk menghukum RAKYAT Myanmar oleh kerana kesilapan pentadbiran kerajaan nya?

APAKAH KITA TELAH MEMBERI KEADILAN KEPADA RAKYAT MYANMAR DENGAN MENGHUKUM JUNTA KERAJAAN ITU?

Kita sudah nampak dengan jelas akan apa yang telah terjadi pada IRAQ dengan campurtangan negara luar dalam kononnya memberi demokrasi pada rakyat IRAQ.

Sabenarnya dengan menakloki IRAQ kebebasan atau demokrasi yang berjaya dicapai ialah kebebasan untok america menerokai hasil minyak negara IRAQ dengan se wenang2 nya.

Sampai sekarang adakah sesiapa atau UN sendiri yang tahu sudah berapa billion tong atau barrel minyak kah yang telah dikeluarkan oleh Amerika??????

Jadi jawapannya, mengapa kita perlu peduli tentang pendapat negara lain kerana negara kita dijemput oleh kerajaan Myanmar untuk meneroka minyak di sana.

Adakah kita harus menghormati pendapat dari orang yang menceroboh negara lain hanya kerana minyak nya??????

Harap maaf, wasallam.

Halib

………………………………………..

Sekurang kurangnya 9 email yang dihantar respon kepada kenyataan Petronas sokong junta tentera. Namun saya memilih untuk menjawab email Saudara Halib.

Saya berharap Saudara Halib tidak punya masalah untuk saya kongsi email yang dihantar di sini.

Pertama sekali dari apa yang saya paham seolah saudara cuba menyatakan saya pro Amerika. Saya dengan ini menafikan perkara tersebut. Saya tidak meletakan diri saya pro atau anti Amerika tetapi saya mengambil sikap anti Kapitalis yang tidak menghiraukan hak kemanusian, menindas marhaen demi mengaut keuntungan.

Kenapa Iraq di serang ? Iraq mempunyai simpanan minyak yang banyak dan di bawah kerajaan Saddam, syarikat – syarikat besar dunia (baca: pengganas kapitalis) tidak boleh meneroka dan membuat keuntungan dengan dari kekayaan sumber di Iraq. Itu merupakan sebab utama mengapa Iraq di serang. Namum bagaimanapun saya secara peribadi juga bukan menyokong Saddam yang mempunyai ’track record’ yang buruk dalam menginaya rakyat Iraq khususnya penganut Islam Syiah dan Kurdis.

Kenapa Myanmar di biarkan di bawah Junta Tentera ialah kerana syarikat – syarikat besar dunia ini tidak berminat menggulingkan Junta tentera di sana kerana kapitalis ini masih mampu menikmati kekayaan sumber dari negara itu.

Sebagai sebuah syarikat milik negara, PETRONAS tidak harus mengikuti langkah pengganas kapitalis lain di dunia ini yang berurusan hanya demi kekayaan dengan sanggup mengetepikan hak asas kemanusiaan. Kerana itu secara peribadi saya terlalu ghairah mendengar hujah wira demokrasi dan anti perang dunia terkini yang juga penasihat PETRONAS.

Saudara Halib, saya mempunyai teman – teman yang agak rapat terdiri dari pelarian politik Burma yang terpaksa meninggalkan keluarga dan tanah air untuk mengelakkan hukuman penjara seumur hidup atau bunuh.

Di SungKongHoe University saya mempuyai teman sekelas yang merupakan Setiausaha Agung NLD Korea, Nay Tun. Dia terpaksa meninggal negara ketika tentera memburunya di universiti untuk dibunuh. Mereka hidup susah berjuang dirantauan. Mereka sengsara dan luka. Tindakan PETRONAS umpama menabur garam ke luka mereka.

Pada 1988 kebangkitan rakyat Burma telah mengenepikan penindasan dan kekejaman General Ne Win. Semenjak itu ramai pimpinan rakyat di tangkap dan di bunuh dengan perbagai alasan. Daw Aung San Suu Kyi pula telah ditangkap dan kemudian dipenjara di rumah sendiri. Perkembangan tersebut telah mendapat bantahan dunia kerana bantahan dunia Regim Ganeral Ne Win telah terpaksa mengadakan pilihanraya pada 1990 namun kerana gelombang kebangkitan rakyat yang tidak tahan dengan kezaliman dan penindasan regim maka parti yang berkuasa telah tewas teruk kepada National League For Democracy (NLD) dengan NLD menang 392 dari 485 kerusi.

Kemenangan rakyat menerusi NLD ini dinafikan oleh Regim yang menggunakan tentera mengambil alih kekuasaan negara dan ramai pemimpin rakyat di bunuh dan dipenjara. Maka ramai antara pemimpin progresif terpaksa lari ke luar negara.

Namun selepas itu Regim Junta Tentera seolah mula mempelajari dunia yang dikuasai pengganas kapitalis. Memandangkan negara mereka antara negara termiskin mereka tidak punya banyak pilihan selain membuka pintu memastikan semua pengganas kapitalis ini boleh masuk ke Burma untuk memuaskan nafsu mereka meneroka hasil sumber negara. Maka Junta juga akan mendapat dua keuntungan iaitu kurangnya tekanan dari dunia luar (maka mereka terus memerintah) dan mereka dapat sedikit hasil yang tercicir atau tertumpah dari pingan kekayaan yang dibawa keluar dari negara mereka.

Malaysia juga punya ’track record’ yang hitam apabila wakil negara ini yang dilantik sebagai wakil khas PBB dalam isu Burma telah dikaitkan dengan usaha mendapatkan kontrak telekomunikasi di negara tersebut. Ini amat memalukan....

Kita seharusnya sedar bahaya dunia yang dikuasai pengganas kapitalis ini. Kapitalis menguasai negara tertentu dengan melabur wang setiap kali pilihanraya memenangkan calon pilihan mereka. Apabila calon ini menang sudah tentu mereka akan mengikut telunjuk pengganas kapitalis ini.

Amerika Syarikat contohnya merupakan sebuah negara besar yang punya kekuatan tentera, setiap kali pilihanraya khususnya pilihanraya Presiden pengganas kapitalis sanggup melaburkan dana besar yang tak terpikir dek akal untuk memastikan Presiden yang menang bakal menjadi pemimpin boneka mereka. Sudah tentu polisi luar rumah putih di tangan pengganas kapitalis ini.

Ini juga berlaku di banyak negara tidak terasing juga Malaysia ketika tiba pilihanraya ’taikun - taikun’ besar akan melimpahkan dana dan mengautnya berganda melalui pemimpin boneka mereka. Cuma bezanya di Malaysia ada di kalangan pemimpin politik juga terdiri dari pengganas kapitalis menjadi pemimpin dan menjaga syarikat mereka sendiri.

Yin kembali...tahniah buat warga yang prihatin

Kanak-kanak,Mohammad Nazrin Shamsul Ghazali ataupun Yin,5 tahun yang kehilangannya di komplek membeli belah Sogo,Kuala Lumpur pada 31 Mac lalu mencetuskan pencarian yang mendapat publisiti meluas - ditemui di Sentul petang Sabtu.Yin sebenarnya dibawa pulang oleh seorang wanita warganegara Myanmar ke rumahnya di Sentul setelah ditemui merayau seorang diri di atas jalan dekat pusat membeli belah itu.

Wanita Myanmar itu,Noor Shida Nur Islam, 27 mendakwa dia tidak mengetahui mengenai usaha mencari Yin kerana tiada televisyen di rumahnya.Dia hanya menyedari hal itu selepas melihat orang mengedarkan risalah yang memuatkan gambar Yin.Hadir sama di balai polis Sentul pada sidang akhbar untuk mengumumkan penemuan kanak-kanak itu Sabtu malam ialah Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan.Yin hilang semasa ikut ibubapanya membeli belah komplek yang terletak di Jalan Tunku Abdul Rahman itu.

Sementara itu polis tengahari Ahad polis menahan pasangan Nor Shida dan suaminya kerana disyaki menculik Yin untuk menjadikannya pengemis.Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur SAC II Zul Hasnan Najib Baharudin berkata kedua mereka juga dipercayai pengemis itu ditahan di rumah mereka di Sentul Pasar pukul 1 tengah hari.

"Polis menerima maklumat daripada seorang saksi mengatakan bahawa pasangan terbabit menggunakan kanak-kanak itu untuk mengemis di kawasan sekitar Lembah Klang," katanya.

Beliau berkata hasil pemeriksaan kesihatan juga mendapati Yin tidak pernah mengalami demam campak seperti yang didakwa oleh pasangan itu semasa memulangkan kanak-kanak itu Sabtu.

Rakaman tahniah harus diberikan kepada banyak pihak yang bersungguh - sungguh dalam membantu mengembalikan Yin ke pangkuan keluarganya. Tahniah kepada Pemuda PAS, Nisa, Pemuda UMNO dan pihak media khususnya Malay Mail (sekadar menyebut beberapa pihak berdasarkan pemerhatian dari jauh) yang memperlihatkan usaha membantu.

Friday, April 13, 2007

Petronas sokong Junta Tentera Myanmar !

Agensi Berita AFP 31 Mac yang lalu melaporkan syarikat petroleum negara Petronas, akan lancarkan projek meneroka sumber petroleum dan gas di selatan perairan Burma.

Petronas akan berkerjasama dengan syarikat petroleum tempatan “Myanmar Oil and Gas Enterprise” dan akan memulakan projek penerokaan itu dalam bulan april 2007.

Petronas Chartikari Myanma Oil, syarikat kerjasama antara Petronas and Myanmar's Energy Enterprise, sebelum ini sudah pun menjalinkan kerjasama dalam meneroka sumber minyak dan gas di tujuh pelantar di sekitar Andaman Sea.

Sumber gas asli dan minyak merupakan sumber penting penyumbang dalam ekonomi Kerajaan Tentera Myanmar yang dalam keadaan amat tenat . Negara itu kini merupakan sebuah negara termiskin dan berada di bawah pemerintahan junta tentera. Keadaan ekonomi yang tenat itu kerana pemulauan ekonomi dari banyak negara yang dikenakan semenjak negara itu berada di bawah pemerintahan tentera dan memenjarakan Aung San Suu Kyi.

Aung San Suu Kyi, 61 merupakan tokoh demokrasi dan pemenang nobel keamanan pada 1991.

Dalam keadaan hampir seluruh dunia sedang memberikan perhatian untuk mengembalikan demokrasi di Myanmar, malah banyak negara mengambil langkah lebih ke depan bila mengenakan pemulauan ekonomi tetapi Malaysia mengambil langkah sebaliknya.

GERAK dengan ini menyatakan bantahan dan kekesalan terhadap tindakan tidak prihatin Kerajaan Malaysia dan Petronas dalam isu ini.

Dalam isu berkaitan Myanmar imej Malaysia pernah tercalar apabila wakil Malaysia ke PBB yang dilantik sebagai wakil khas menyelesaikan isu Burma bukan setakat gagal malah beliau dikaitkan dengan kejayaan mendapatkan projek telekomunikasi besar dan beberapa perniagaan di negara itu.

Penasihat Petronas yang dikenali sebagai juara pejuang hak asasi, anti perang dan demokrasi di luar negara dituntut untuk menyatakan pendirian dalam isu ini.

* cheGubard secara peribadi tidak mengiktiraf kewujudan negara Myanmar yang menggantikan nama BURMA

Thursday, April 12, 2007

Doa dari kejauhan...mohon bantuan teman-teman

che'GuBard dengan ini ingin menyatakan rasa simpati kepada keluarga Muhammad Nazrin dan berdoa agar Muhammad di peliharaNya dan kembali selamat kepangkuan keluarga. harap keluarga akan terus bersabar dan berdoa.

Kesempatan ini juga dirakamkan kepada mereka yang secara serius membantu keluarga Muhammad. Liputan perkembangan isu ini dapat diikuti dengan dekat melalui MalayMail versi internet. Tahniah MalayMail dan pihak yang bersungguh - sungguh membantu. che'GuBard juga telah menghantar ratusan email kepada teman - teman seluruh negara dan negara jiran untuk sama membantu.

Wednesday, April 04, 2007

Real, pressing agenda for building New Nepal

The revolution in Nepal has only paved the way for the more challenging task of creating the preconditions for socio-economic reconstruction.

Solving the problems of absolute and relative poverty as well as youth unemployment and underemployment is certainly pressing and the overcoming the high rate of illiteracy, superstitious fatalism and poor healthcare among a large segment of the poor and disempowered masses, especially children in rural areas, is also very important.

The armed struggle against feudal dictatorship has ended and the Nepali communists have joined the interim government led by PM Girija Prasad Koirala. New tasks are ahead and new political skills are certainly required to consolidate peace and enlarge the realm of freedom for the people of Nepal. Warm regards and best wishes from a Malaysian friend.

click : Sahana Pradhan becomes 1st woman Foreign Minister of Nepal

Two news items from the BBC and CNN respectively on the latest political development and progress of national reconciliation in Nepal has attracted my attention. I visited the country's capital Kathmandu before for a week in 1993 and I met many of its then mainstream politicians and political activists on the Left, both the soft and hard types.

Monday, April 02, 2007

Harus ada perhimpunan besar sambut dua keputusan....

Pertama sekali saya ingin melahirkan rasa kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T kerana dua perkembangan minggu lepas.

Pertama keputusan Mahkamah Majistret Kuala Klawang 23 Mac lalu membebaskan dan melepaskan (discharged and acquited) Naib Presiden PAS, Hj Mohamad Sabu, saya dan empat orang tertuduh yang lain di atas pertuduhan menghadiri perhimpunan tanpa permit di bawah seksyen 27(5)(a) Akta Polis 1967.

Kes ini berkaitan kesemua tertuduh didakwa terlibat di dalam perhimpunan di pekarangan rumah Hj Jamlus di Batu 2/12 Kg. Chenor, Kuala Klawang pada 16.7.2001 jam 9.45 malam.

Tiga tertuduh ditahan pada malam tersebut tetapi yang lain termasuk saya ditahan di tempat kerja, Sekolah Kebangsaan Mambau ketika sesi pengajaran (ketika saya bertugas sebagai seorang guru di situ).

Keputusan Majistret tersebut dibuat setelah Timbalan Pendakwaraya memberitahu kepada pihak Mahkamah hari ini bahawa pihak pendakwa tidak lagi ingin menawarkan apa-apa keterangan di bawah seksyen 254 Kanun Prosedur Jenayah (KPJ).

Di sini juga saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua peguam yang terlibat khususnya Mohamed Hanipa Maidin dan Syed Fuad Syed Ahmad. Kes ini merupakan kes yang amat panjang dan melibatkan ramai orang. Pada peringkat awal ramai peguam yang terlibat termasuk Tn Hj Ruslan Kassim, Fernandez dan Shamsul Iskandar tetapi menarik diri ketika proses perbicaraan kerana alasan tertentu.

Hanipa Maidin dan Syed Fuad Syed Ahmad dari tahun 2001 hingga ke 23 Mac lepas tanpa gagal terus membela ke semua tertuduh dalam kes ini tanpa bayaran dan mengeluh. Jelebu yang jauh dan agak terasing dari segi geografinya menuntut kesungguhan bukan kepalang untuk berulang selama 5 tahun untuk menghadiri perbicaraan. Jumlah kehadiran mereka jika di hitung dan dibezakan dengan jumlah kehadiran saya (yang sering MC) menggambarkan kesungguhan mereka. Mereka antara peguam rakyat. Terima kasih !

Kes ini juga telah mematangkan saya, selain dari ’terpaksa’ meletakkan jawatan sebagai seorang guru. Polis menyerbu sekolah hanya kerana nak menahan saya yang sedang mengajar ?..... macam macam...malah dalam kes ini dua kali saya terpaksa berdepan dengan masalah berkenaan jaminan.

Pertama sekali ialah apabila penjamin saya (juga merupakan teman AJK Pemuda Keadilan Nasional Negeri Sembilan) telah menarik semula jaminan secara tiba – tiba pada hujung tahun 2001. Tindakan beliau pada ketika itu dipercayai kerana kecewa dengan kemenangan saya sebagai exco Pemuda keADILan Pusat dalam pemilihan parti di Kemaman November 2001. Malah pada masa yang sama dua peguam juga menarik diri.

Walaupun saya dipahamkan wang jaminan tersebut bukan milik mutlak peribadi beliau tetapi merupakan wang kutipan orang ramai tetapi secara teknikalnya beliau boleh berbuat demikian. Masa yang suntuk selepas wakti rehat tengahari menarik jaminan pada ketika itu saya rasakan memang bermaksud untuk membuatkan saya tidur di dalam lokap paling kurang semalam kerana saya rasakan amat mustahil untuk mencari wang jaminan sebelum waktu pejabat tamat. Ketika genting ini kad pengenalan saya telah ditahan dan saya tidak dibenarkan meninggalkan kamar mahkamah.

Nasib baiklah pada ketika itu saya hadir ke mahkamah bersama Sanusi Abdullah (exco Pemuda Keadilan nasional ketika itu). Beliau telah berusaha dengan bantuan Ibrahim Yusof mencari penderma untuk wang jaminan. Saya rakamkan juga di sini terima kasih kepada Tn. Hj Abd Rahman Osman kerana beliau bermurah hati untuk memberikan wang jaminan yang dicari – cari.

Masalah kini ialah masa tidak cukup untuk menunggu Tn Hj Rahman hadir menyatakan jaminan tersebut di hadapan majisterit. Maka dipersetujui wang dimasukkan ke akaun seorang teman AJK keADILan Jelebu, beliau membuka akaun bank baru dengan wang tersebut dan Alhamdunillah sebelum 4.30 petang semuanya dapat diselesaikan. Terselamat dari bermalam di lokap Jelebu.

Kali kedua masalah ialah apabila AJK bahagian Jelebu tersebut (penjamin saya) yang merupakan seorang kontraktor terpaksa menarik jaminan kerana paymentnyer dilambatkan kerana menjadi penjamin. Nasib baik Wak Katiran (Timbalan YDP Pas Jelebu ketika itu) sanggup mengeluarkan wang beliau dan menjadi penjamin.

(dipahamkan sehingga kini wang jaminan pemberian R.0 masih ditangan penjamin lama yang seorang konraktor dan masalah menjadi rumit apabila beliau telah meninggal dunia tahun lepas).

Perkembangan yang menarik juga minggu yang sama apabila suhakam mengeluarkan laporan mengenai inkuiri awam peristiwa bloody Sunday May lalu. Pesuruh jaya suhakam dengan jelas menyatakan bahawa polis bertindak di luar batasan pada ketika itu dan mencadangkan agar akta polis dipinda.

Dalam sidang media ketika melancarkan laporan inkuiri tersebut hari ini, Pengerusi Inkuiri Awam bagi kes tersebut, Dato' K.C Vohrah mencadangkan permit polis tidak diperlukan bagi perhimpunan awam supaya tidak mencabuli Perlembagaan negara yang memberikan hak berhimpun.

Beliau juga mencadangkan Seksyen 27A, Akta Polis 1967 yang memerlukan orang ramai mendapat permit perhimpunan dihapuskan.

Berdasarkan Inkuiri Awam yang bermula pada 5 Oktober dan berakhir pada 18 Oktober 2006, ahli Panel Inkuiri mendapati perhimpunan berlaku dalam keadaan aman dan tindakan polis menyuraikan perhimpunan telah mengganggu hak-hak ahli untuk berhimpun.

Malangnya dalam laporan tersebut menyatakan juga bahawa Suhakam tidak punya kuasa untuk bertindak. Laporan itu secara tidak langsung mengatakan bahwa perhimpunan aman menyatakan perasaan (tunjuk perasaan) tidak salah dalam negara Malaysia.

Perkembangan ini harus disambut oleh semua pecinta keadilan di bumi Malaysia. Ini harus dirakam sebagai cabaran kepada anak muda ’progresif’ di Malaysia agar dengan berani mengadakan perhimpunan untuk menyambut dua perkembangan ini.

Demokrasi , ruang bersuara harus di tuntut bukan di minta.... Ayuh atau anak muda Malaysia selesa dengan panggilan anak muda kain batik (pakai cakap Md Sabu) ?

* gambar di rakam 2006 di depan Mahkamah Jelebu sedang bercakap dengan Peguam Hanipa Maidin turut kelihatan dalam gambar ialah Peguam Hj Syed Fuad.

Sunday, April 01, 2007

Strategi bawah laut ; Persoalan atas darat.

Cuaca sejuk dan habuk kuning yang menyeliputi Seoul hari ini membuatkan aku duduk rumah seharian. Peluang sendirian di rumah selepas kepenatan 'dipaksa' menelaah Das Capital seharian semalam digunakan untuk melayari akhbar internet Malaysia. Membaca akhbar Malaysia di bumi Kimchi ini membuat aku tersenyum berfikir.

Merujuk Utusan 29 Mac yang menerbitkan rencana mengenai pembelian kapal selam Scorpene.

Tidak mempersoalkan keperluan membeli kapal selam untuk mempertahankan kedaulatan perairan negara, apatah lagi dengan pembelian kapal selam oleh Singapura dan kecanggihan teknologi dasar laut Indonesia juga.

Tetapi strategi bawah laut ini menimbulkan persoalan di atas darat. Di sebalik pembelian dua kapal selam pada harga RM3.4 billion, wujud pembayaran komisyen RM530 juta kepada Perimekar Sdn. Bhd., syarikat kepunyaan penganalisis politik Abdul Razak Baginda yang kini dituduh membunuh Altantuya Sharibu. Apakah kepakaran yang ada pada Abdul Razak Baginda di dalam pengoperasian kapal selam ?

Rakyat Malaysia tidak pertikai mengenai strategi bawah laut tetapi berharap persoalan di atas darat ini akan terjawab.

Antara prinsip dan bantuan dana...

Its ‘noisy’ lately when two Malaysian NGO’s get a funding from one of the biggest oil capitalist company. I got this email from my friend K.Shan. I know him as a Labor Resource Centre, Legal Co ordinator but he is also human rights activist linked to various organizations.

Here is his open latter about that. I think we can share and lets think about its…. Between funding and principal…..

to read more please click : ExxonMobil blood money