Friday, January 26, 2007

Bagaimana Malaysia meminjam USD 50 bilion secara bayangan sahaja.

Pada 15 Jun 2006, Reezal Merican Naina Merican telah menghantar satu pucuk surat kepada Datuk Zamani Abdul Ghani, Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia. Surat itu adalah mengenai sejumlah USD50 bilion yang diperlukan oleh Malysia untuk membiayai pembangunan negara.

Sekiranya anda terlupa, baru-baru ini Malaysia telah melancarkan Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9) yang sepatutnya berjadual daripada 2006 hingga 2010 dan dikatakan memerlukan kos RM200 bilion. Apa yang tidak diketahui ramai, ialah Malaysia sesungguhnya tidak mempunyai wang sebanyak RM200 billion untuk membiayai RMK9.

Siapakah dia malaun yang bernama Reezal Merican dan apakah kuasa yang dimilikinya memberi arahan kepada Timbalan Gabenor Bank Negara? Reezal Merican ialah salah seorang daripada budak-budak di ‘Tingkat Empat’ dan memegang jawatan Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan, yang juga merupakan Perdana Menteri Malaysia. Reezal tercanguk di jawatan itu bukanlah kerana kebolehannya tetapi kerana dia merupakan salah seorang ‘khadam’ ataupun budak suruhan Khairy Jamaluddin, menantu Perdana Menteri yang mahu dia di sana untuk membuka mata dan telinga bagi pihak Khairy.

Tugas Reezal Merican bukanlah untuk melapurkan apa sahaja kepada Khairy dan menjaga Menteri Kewangan II untuk melentokkannya, tetapi juga menentukan agar Khairy dapat membaca segala lapuran dan surat-surat sebelum ia tiba di meja Menteri Kewangan II. Apabila semua surat itu sampai ke meja menteri kewangan II setiap dokumen yang penting sudah dibaca dulu dengan komen tertentu tertulis di atasnya dengan arahan projek mana dan kontrak mana yang perlu diberikan kepada syarikat tertentu. Dengan kata lain, segala projek sudah siap dibahagi-bagi sebelum menteri kewangan II dapat melihat kertasnya.

Untuk melencong sedikit, sebelum Abdullah Ahmad Badawi membentangkan RMK9 di Parlimen untuk didebat dan diluluskan, ada satu salinan yang telah diserahkan kepada Menteri Kewangan II. Atas salinan awal berkulit keras itu dan pada setiap projek yang tersenarai dalam RMK9, sudah ada arahan bertulis tangan Khairy memberi arahan syarikat mana yang patut diberikan projek tertentu. Abdullah Badawi membentangkan RMK9 hanya sebagai satu formaliti sahaja. Semua kontraktor sudah memulakan persiapan mereka walaupun Parlimen belum selesai memberikan perkenan terhadap projek tersebut.

Ada pihak yang menyebut bagaimana Menteri Kewangan II begitu naik marah. Apapun, dengan adanya malaun seperti Reezal Merican yang sentiasa mengawasi pergerakan beliau, apakah yang boleh dibuatnya? Dia hanya boleh naik geram dan tidak lebih dari itu, jika tidak khidmatnya akan ditamatkan apabila tamat temphonya perlantikannya. Jadi tentu anda faham sekarang kenapa dia dapat lanjutan khidmatnya baru-baru ini. Ini berlaku kerana dia bijak tidak menolak Khairy; sebaliknya akur dengan apa sahaja yang Khairy mahu. Ini adalah satu rahsia bagaimana mengekalkan jawatan anda.

Itu sebabnya semua orang mengidam mahu berada di anjung kuasa. Ia diiringi kuasa yang besar dan lesen untuk mengelak dihukum kalau membunuh pun (dan di Malaysia frasa ini bukan sahaja satu cakap-cakap sahaja malahan boleh dianggap betul-betul, kalau anda faham apa yang saya maksudkan).

Apapun, itu hanya satu kisah lain. Apa yang mahu kita bincangkan di sini ialah surat bertarikh 15 Jun, 2006. Reezal Merican berkata dalam surat itu bahawa dia menerima arahan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Abdullah Ahmad Badawi. Surat itu merujuk kepada pembiayaan bernilai USD 50 bilion yang diperlukan untuk mengongkosi RMK9 yang memerlukan RM200 bilion.

Jumlah USD25 bilion itu adalah dirancang akan diperolehi daripada 25 bank utama tetapi akan disalurkan melalui satu syarikat swasta berstatus ‘private limited company’ bernama Asasatu Technology Sdn Bhd. Ada nama Ir. Hj Zubir bin Hj Ahmad yang disebut dalam surat itu sebagai Managing Director syarikat tersebut. Wang USD50 bilion itu akan disalurkan melalui syarikat swasta ini dan bukan dihantar terus kepada kerajaan Malaysia. Ini bererti secara rasminya Malaysia tidak meminjam duit. Wang pinjaman itu dibuat oleh satu syarikat sendirian berhad.


Yang menariknya dalam keseluruhan urusan itu, mengikut catatan Pendaftar Syarikat, Asasatu Technology Sdn Bhd adalah sebuah syarikat berpangkalan di Permatang Pauh di Pulau Pinang, yang dalam proses menggulung tikar. Betul benar, syarikat yang sedang membuat urusan meminjam USD50 bilion untuk kerajaan Malaysia adalah sebuah syarikat yang sedang mahu tutup. Alangkah hebatnya kisah itu. Bagaimana mungkin syarikat yang mahu gulung tikar digunakan sebagai alat untuk kerajaan Malaysia merundingkan satu perkara yang sungguh penting seperti mendapatkan dana untuk membiayai RMK9?

Kali terakhir Asasatu Sdn Bhd menyerahkan lapurannya ialah pada 31 Disember 2000. Sejak itu tidak ada lagi lapuran akan yang diserahkan. Pada 2000 aset tetap syarikat dikatakan berjumlah RM524,248.00 dengan aset semasa bernilai RM1,976,421.00. Akan tetapi tanggungan semasa syarikat ialah RM1,071.641.00 dan tanggungan jangka panjang sebanyak RM321,756.00. Keuntungan tahun itu ialah RM39,512.00 dengan keuntungn terkumpul sebanyak RM125,272.00. Ini bukannya satu syarikat yang harus digunakan oleh Malaysia untuk mendapatkan USD50 bilion bagi tujuan mendapatkan dana bagi pojek sepenting RMK9.

Kita tidak tahu apakah angka kewangan yang terkini tetapi oleh kerana syarikat sedang bersiap mahu gulung tikar, kita boleh mengagak sudah tentu sejak 2001 syarikat ini tidak boleh kemana-mana. Ir. Hj Zubir Hj Ahmad yang disebut dalam surat bertarikh 15 Jun, ialah seorang pengarah syarikat dan memiliki 1,990,000 saham sedangkan Rosni binti Rahmat, seorang pengarah yang lagi satu memiliki 20,000 saham.

Yang menjadi lebih menarik ialah nama agen yang akan mengatur pinjaman kewangan dan disebut dalam surat itu sebagai Union Financial Services Corporation di Sydney, Australia . Alamat syarikat ialah PO Box A2286. Jadi tidaklah mudah mengesahkan apakah syarikat ini satu syarikat peti pos sahaja ataupun satu syarikat pengurusan dana yang berlesen. Mengambil kira bahawa kita bercakap mengenai keperluan biaya projek Malaysia untuk lima tahun sehingga 2010, tentulah seram kita dibuatnya. Ini bererti pinjaman bernilai USD$50 billion yang diperlukan oleh Malaysia sedang diuruskan oleh sebuah syarikat yang dikenali melalui petipos dan sebuah syarikat sendirian berhad di Malaysia yang sedang bersiap
mahu gulung tikar.

Dua minggu sebelum 15 Jun 2006, yakni pada 30 Mei 2006, Asasatu Technology Sdn Bhd telah menulis kepada Abdullah Ahamd
Badawi satu surat menawarkan USD50 bilion dan menyebut dalam surat itu bahawa rakan niaga mereka Union Financial Services Corporation. Surat itu telah ditandatangai oleh Ir. Hj Zubir bin Hj Ahmad. Ada seorang yang bernama Roland Bueyer telah disebut sebagai President of Union Fincancial Services Corporation. Surat Reezal Merican bertarih 15 Jun 2006 adalah satu jawapan kepada surat bertarikh 30 Mei 2006.

Malahan sebelum itu, pada 22 Februari 2006, ada satu syarikat bernama Project Equity Services Group daripada Singapura telah menulis sepucuk surat kepada Perdana Men
teri dan Gaboner Bank Negara merujuk kepada satu pertemuan pada 25 Oktober di Bank Negara. Surat itu menyebut nama semua yang hadir dalam pertemuan itu.

Apa yang harus dirakamkan di sini ialah surat bertarikh 22 Fberuari 2006 menyebut bahawa keseluruhan urusan ini mestilah dilaksanakan melalui Hj. Zubir bin Hj Ahmad, Managing Director Asasatu Technology Sdn Bhd. Ia juga menyebut bahawa ini adalah juga permintaan yang dibuat oleh Bank Negara. Ini bererti Bank Negara telah mensyaratkan agar Asasatu Technology menjadi proksi kerajaan Malaysia.

Pinjaman USD50 bilion itu perlu dibayar balik dalam masa sepuluh tahun dan dikenakan faedah tahunan antara 2.88% hingga 3.5%. Tentunya ia mesti dibayar balik dalam bentuk US Dollar dan mengikut apa juga kadar perukaran matawang pada waktu yang terbabit. Ini bererti USD50 bilion itu terdedah kepada turun naik matawang dan risiko pertukaran wang.

Kalau dibaca ketiga-tiga
surat berkenaan adalah jelas Bank Negara sudahpun bersetuju agar satu syarikat sendirian berhad yang sedang mahu gulung tikar digunakan untuk mendepani pinjaman USD$50 bilion dan syarikat ini akan menjadi proksi kerajaan Malaysia supaya tidak jelas bahawa Malaysia yang meminjam USD50 bilion daripada luar negara.

Kedua, keseluruhan pekej pinjaman ini telah didalangi oleh satu syarikat broker Singapura, tetapi sebagai helah tidak mahu mendedahkan nama Singpura, takutkan ada jari telunjuk diarahkan kepada anak menantu Perdana Menteri, makanya mereka rancang gunakan satu syarikat petipos Australia menjadi ‘partner’ kepada syarikat (yang sedang gulung tikar) di Malaysia.

Ketiga, kerajaan tidak mahu meminjam secara rasmi kerana itu si peminjam terpaksa mengikat konsep ‘mama-papa private limited company’ yang bernama Asasatu Technology Sdn Bhd. Ini akan menunjukkan kerajaan Malaysia adalah lebih bersih dari bersih dan le
bih putih dari putih.

Akhirnya jelaslah, apabila kerajaan Malaysia mengumumkan jumlah RM200 bilion untuk RMK9 di Parlimen, dan menyatakan mereka tidak pun punyai wang itu untuk membiayai projek tersebut. Akan tetapi kerana tidak mahu memaparkan negara sedang meminjam dollar Amerika yang ada kadar faedahnya, termasuk dikenakan peraturan turun naik matawang bagi membiayai rancangan pembangunan negara, mereka gunakan satu syarikat kecil sebagai topeng dan syarikat topeng itu menggunakan pula satu syarikat peti pos Australia yang sememangnya mendapat sokongan Singapura.

Dengan lain perkataan, melalui tipuhelah menggunakan beberapa lapis syarikat topeng dan syarikat peti pos, Singapura sebenarnya yang mengongkosi pembangunan Malaysia yang diwarwarkan sebagai Rancangan Malaysia Kesembilan ataupun RMK9."

'terjemahan marhain tua'

p/s : sila klik pada gambar dokumen untuk melihat dokumen yang lebih jelas.... tolong sebarkan ....

4 comments:

  1. biar betul bedolah ni....
    x duit buat cara x duit....
    kita ni nak kenyang perut ke nak kenyang mata (tgk projek2 mega)...
    back to basic je senang

    ReplyDelete
  2. Bad,
    Mana kau dapat semua surat2 tu?
    Ini cerita betul ke? Dah macam movie..

    Aku harap cerita kau ini 100% salah, kalau betul, maksud Pak Lah memang betul2 teruk and aku jadi risau akan masa depan negara. Kalau Mr. Clean perangai macam tu, apatah lagi yang tak berapa clean atau yang sememangnya kotor.

    Teruskan membuat pendedahan sebegini, rakyat perlukan info mcm ini utk menilai pemimpin.

    Thanks.

    ReplyDelete
  3. Yer itulah hakikatnya PM dan RMK 9 nyer

    ReplyDelete
  4. Anonymous4:43 PM

    Pernahkah anda cuba untuk mendapatkan pinjaman dari bank-bank tidak berjaya? Segera memerlukan wang untuk keluar dari hutang? Memerlukan wang untuk pengembangan atau penubuhan perniagaan anda sendiri? Mendapatkan pinjaman daripada salah satu daripada syarikat-syarikat pinjaman terkemuka di UK. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi melalui email: larryfox2016@hotmail.com

    ReplyDelete