Friday, November 03, 2006

AMKNS anjur dialog ekonomi dan pelancaran dana pilihan raya

KUALA LUMPUR, 31 Okt (Hrkh) - Angkatan Muda KeADILan Negeri Sembilan (AMKNS) akan mengadakan dialog ekonomi dan pelancaran dana Pilihan Raya ke-12 pada 26 November ini di Dewan Sekolah Tinggi Chung Hwa, Seremban.

Menurut Setiausaha AMKNS, Amiruddin Wahab, dialog ekonomi dan pelancaran dana pilihan raya itu akan diadakan setelah melihat kelembapan dan kemelesetan ekonomi yang semakin meruncing kini.

Menurutnya, hampir seruluh rakyat mula merasa kesannya malah rakyat kini menanti satu penyelesaian jelas untuk membawa negara keluar dari kemelut ini, katanya.

Isu ini perlu diberi perhatian khusus menjelang pilihan raya ini yang semakin dekat, katanya kepada Harakahdaily hari ini.

Menginsafi perkembangan yang menghimpit rakyat itu maka AMKNS akan menganjurkan program untuk menjelaskan isu ekonomi dan ke arah persiapan pilihanraya dengan membariskan panelis
seperti Presiden KeADILan, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Pengerusi Gerakan Demokrasi dan Anti Korupsi (Gerak), Mohamed Ezam Mohd Noor; serta Bendahari KeADILan, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Program julung kali itu akan bermula pada jam 3.00 petang hingga 7.00 petang dengan ucaptamanya akan disampaikan oleh Dr Wan Azizah.AMKNS menjemput seluruh pejuang reformasi dan rakyat mengikuti program tersebut yang akan menjanjikan pengetahuan bermakna kepada membina minda masyarakat, katanya.

Bagi yang berminat menyertai program ini boleh mendapatkan tiket dengan menghubungi Azizi (012-369 6474) sebelum 24 November ini, katanya.

No comments:

Post a Comment