Friday, August 04, 2006

Ulangtahun Penggabungan: Parti Keadilan Rakyat

Hari ini, 3 Ogos 2006 menandakan ulangtahun ketiga penggabungan Parti Keadilan Nasional dan Parti Rakyat Malaysia. Perasmian Parti Keadilan Rakyat pada tahun 2003 yang lalu merupakan satu langkah yang berani oleh kedua-dua parti.
Parti Rakyat Malaysia(PRM), ditbuhkan pada 11 November 1955, adalah salah satu darpada gerakan politik terawal yang memperjuangkan kemerdekaan dan kebebasan daripada kolonialisme. Parti tersebut mempunyai tradisi yang panjang mempertahankan pihak yang miskin dan tertindas. Parti Keadilan nasional ditubuhkan pada 4 April 1999 semasa pergolakan era-reformasi. Kedua-dua parti itu bergabung tenaga ketika tekanan demi tekanan diberikan oleh pihak rejim autoritarian.

Penggabungan membawa kepada percantuman dua aliran gerakan politik yang berkongsi visi kesaksamaan, bebas dan demokratik. Gerakan politik baru menjadi satu langkah ke hadapan berbanding dengan politik perkauman yang diwujudkan oleh parti-parti pemerintah sejak lima dekad yang lalu.

Misi Parti Keadilan Rakyat membawa kepada progress dan kesaksamaan buat seluruh rakyat Malaysia dengan tidak mengira jantina, kaum dan agama. Bagi mempastikan urustadbir yang sempurna dan demokrasi sihat, rakyat mestilah mengikis kesemua pemikiran sempit dan polisi-polisi diskriminasi. Rangka kerja pembangunan social perlu diasaskan kepada keadilan, hak asasi manusia dan nilai-nilai kemanusiaan sejagat.

Parti Keadilan Rakyat komited kepada reformasi menyeluruh kepada sistem kuno meliputi penghakiman, perundangan, pendidikan, ekonomi pembahagian ekonomi dan sebagainya. Malaysia dijunam dengan dalam suasana yang zalim – rasuah, kronisme, dan pembaziran yang menggalang pertumbuhan ekonomi secara lestari.

Ketiadaan ketelusan dan keterbukaan dalam kepimpinan parti-parti pemerintah menyebabkan ketidakharmonian dalam masyarakat. Mereka tidak menggalakkan persefahaman dan penghargaan, bahkan sistem yang sedia ada menjurus kepada sifat antagonisme dan perasaan kurang yakin di kalangan rakyat.

Parti Keadilan Rakyat percaya masa sudah tiba untuk perubahan. Rakyat mendahagakan alternatif politik yang baru berkuasa monopoli oleh satu blok politik sahaja. Percantuman ini menawarkan satu harapan, tetapi apa yang lebih mustahak – parti ini menyediakan satu jentera dalam menyatukan semua lapisan masyarakat dalam satu perjuangan dalam memajukan bangsa.

Walaubagaimana pun, kita mengakui bahawa perjalanan tugas dalam membina dan memperkukuhkan parti masih jauh lagi. Setakat ini, parti berjaya menubuhkan 166 bahagian berdasarkan kawasan parlimen, dengan 19 bahagian yang lainnya masih menunggu kelulusan daripada Pendaftar Pertubuhan (ROS). Kerja-kerja penyusunan mesti diteruskan dan menjadi harapan kami, pada malam sebelum Pilihan Raya Umum yang akan datang, bahagian-bahagian kita nanti mampu untuk menjelajah ke setiap pusat pengundian.

Bagi melaksanakan matlamat tersebut, kita juga perlu untuk menjalankan serta memainkan peranan aktivisme kita di setiap peringkat akar umbi. Kita memerlukan sokongan dan sumbangan daripada rakyat dari segi kecekapan dari pelbagai aspek, kapasiti dan bakat. Untuk itu, kita menyeru kepada rayat dari semua lapisan, yang teruja kepada sebuah perubahan demokratik, untuk ke hadapan. Kami juga menyeru peluang ini digarap dalam memberi kesan kepada proses perubahan,dan menjadikannya satu perubahan yang nyata.

No comments:

Post a Comment