Wednesday, April 12, 2006

Empat demo ‘Protes Sampai Turun’ di utara bermula 16 April

Oleh Zulkifli Mohamed

PULAU PINANG: Empat demo aman ‘Protes Sampai Turun’ anjuran Angkatan Muda keADILan akan menggegarkan kawasan utara meliputi Tasek Gelugor, Bukit Mertajam, Kepala Batas dan Sungai Petani pada 16 dan 23 April depan.16 April, AhadPada 16 April Angkatan Muda Keadilan Tasek Gelugur dan Kepala Batas akan mengadakan demo tersebut di Kompleks Tasek Gelugor di sini, bermula jam 10.00 pagi.

Menurut Ketua Penerangan Angkatan Muda Tasek Gelugor, Sabri Salleh pihaknya akan turut mengedarkan risalah berkaitan kenaikan harga minyak kepada orang ramai pada hari tersebut.

Timbalan Ketua Penerangan Angkatan Muda Pusat, Badrul Hisham Saharin dijangka turut serta pada hari itu.

Pada sebelah malamnya, jam 9.00 akan diadakan pidato ‘Pentas Perdana’ yang dibarisi oleh Badrul Hisham Saharin, AJK Keadilan Perak Gobalakrisnan dan Exco Pemuda PAS Pulau Pinang, Yusni Mat Piah di Markas PAS Padang Menora, Tasek Gelugor.Sebelum itu, pada jam 5.00 petang, demo yang sama akan diadakan di Tapak Pasar Malam Alma, Bukit Mertajam. Program anjuran Keadilan dan PAS Bukit Mertajam.Di Sungai Petani, Kedah, bermula jam 4.00 petang, ‘Protes Sampai Turun’ bagi kenaikan harga minyak dan cukai tanah di negeri itu, bagi siri ketiga akan diadakan di hadapan bangunan jam besar di bandar tersebut.

Program anjuran Angkatan Muda Kedah.23 April, Ahad Pada 23 April, bermula jam 5.00 petang sekali lagi Kompleks Dato’ Kailan, Kepala Batas menjadi lokasi demontrasi aman. Program tersebut anjuran PAS Kepala Batas dengan kerjasama Keadilan bahagian itu.26 Mac lalu lebih seribu penunjuk perasaan menghadiri perhimpunan di kawasan Parlimen Perdana Menteri tersebut, walaupun mendapat gangguan pihak polis.Turut hadir ketika itu, Naib Ketua Angkatan Muda Pusat Shamsul Iskandar Mohd Akin dan beberapa exco Angkatan Muda Keadilan.

No comments:

Post a Comment