Thursday, October 06, 2005

Hakim arahkan Khalid Jafri bayar kerugian RM4.5 juta

Hakim Mahkamah Tinggi Sivil Kuala Lumpur, Datuk Hishamuddin Mohd Yunus mengarahkan pengarang buku '50 Dalil Mengapa Anwar Tidak Boleh Jadi PM', Datuk Khalid Jafri Abu Bakar Shah dan isterinya, Rozihan A Ghani yang mewakili penerbit buku tersebut supaya membayar pampasan kewangan berjumlah RM4.5 juta kepada mantan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Gantirugi tersebut ialah RM500,000 bagi setiap lapan bentuk fitnah yang dinyatakan berjumlah RM4 juta manakala RM500,000 lagi ialah kerajaan kospirasi yang dikenakan terhadap beliau, RM1 juta akibat kecederaan berlebihan (aggravated damage) serta RM1 juta lagi adalah untuk ganti rugi khas. "Akhirnya keputusan hakim membuktikan wujud konspirasi untuk memusnahkan kerjaya politik saya dan itulah yang saya katakan dari hari pertama saya dipecat," kata Anwar selepas menang saman malu berjumlah RM4.5 juta terhadap penulis buku '50 Dalil' Khalid Jafri. "Penghakiman ini membersihkan nama saya," tambahnya lagi. Anwar masih lagi menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan ketika beliau menfailkan samannya itu pada tahun 1998 terhadap Khalid dan Rozihan atas dakwaan memfitnah. Katanya, buku tersebut telah diedarkan pada Perhimpunan Agung Umno pada Jun 1998. Sejurus selepas itu, Anwar dipecat atas dakwaan terbabit dalam salahlaku seks, tetapi beliau menegaskan secara konsisten bahawa tuduhan tersebut adalah sebahagian daripada konspirasi politik terhadapnya. Mengulas ganti rugi yang diberikan, Anwar berkata, beliau tidak akan menggunakan wang tersebut kerana wang yang diterima itu tidak penting, sebaliknya apa yang penting adalah kebenaran. "Saya tidak akan ambil satu sen pun, wang itu jika ada, akan digunakan untuk pihak yang memerlukan," kata beliau. Sebelum ini, sebuah badan bukan kerajaan, Pusat Kebebasan Kewartawanan (CIJ) mengeluarkan kenyataan pada 22 Ogos lepas menyatakan kebimbangan mereka terhadap kebeasan bersuara di negara ini apabila keputusan mengarahkan Khalid Jafri membayar gantirugi yang dianggap sejumlah wang yang besar. Menurut CIJ, ia akan mewujudkan satu budaya yang takut, tidak mahu membuat pendedahan dan menggugat kebebasan bersuara. "Walaubagaimanapun, kami menyambut baik keputusan mahkamah yang membetulkan ketidakadilan yang berlaku di negara ini, proses membetulkan perbuatan fitnah dan menghukum seseorang dengan sejumlah kos yang sejajar dengan kesalahan yang dilakukan, seperti yang dinyatakan dalam keputusan Mahkamah Persekutuan pada 14 Ogos 2003," kata Pengarah CIJ, Sonia Randhawa. Pada 8 Julai lalu, Khalid dihukum setahun penjara oleh Hakim Mahkamah Seksyen Ampang, Mohamed Saman kerana menulis maklumat palsu dalam buku tersebut yang membawa peristiwa pemecatan Anwar September 1998.Ê Hakim berkata kes tersebut adalah serius di mana ia melibatkan fitnah, kehilangan maruah dan pendapatan Anwar dan keluarganya. Dalam menjawab kenyataan itu, Anwar berkata, sejak dari dahulu lagi beliau menyokong hak bersuara dan memberi pendapat. "Tetapi kita mesti mampu membezakan kebebasan bersuara dengan fitnah yang merosakkan reputasi dan kerjaya politik," Menurut Anwar, apa yang dilakukan oleh Khalid Jafri dan diputuskan oleh mahkamah adalah konspirasi tertinggi Umno dengan memfitnahnya dengan perkara-perkara yang mengaibkan

No comments:

Post a Comment