Friday, October 07, 2005

Buku 50 Dalil Fitnah dan ada Konspirasi : Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur

Intipati penghakiman bertulis Hakim Datuk Hishamuddin Mohd Yunus -Buku ini banyak sekali kesalahan dan dakwaan serius (yang tidak terbukti) terhadap Anwar Ibrahim. -Biarpun kes membabitkan saman malu di negara ini tidak melibatkan jumlah wang yang besar, bagaimanapun, saya setuju dengan Haji Sulaiman, peguambela Anwar, bahawa fakta dan situasi yang bersangkutan berhubung kes ini adalah unik dan pemberian gantirugi hendaklah mencerminkan keanehan kes.-Perkara yang saya ambil kira dalam memberikan gantirugi termasuklah dakwaan Khalid Jafri yang bukan sahaja banyak tetapi serius dan sangat jahat. Kedudukan tinggi dalam kerajaan dan politik yang diterajui oleh Anwar Ibrahim dan tidak ada permohonan maaf daripada Khalid Jafri hingga ke hari ini. -Mahkamah mempertimbangkan gantirugi berdasarkan kerosakan yang berlaku akibat penerbitan buku tersebut, motif dan perbuatan tertuduh. Jelas terdapat keinginan untuk menyakiti dan merosakkan reputasi plaintif (Anwar) dan kerjaya politik beliau. -Berdasarkan cara dan luasnya penyebaran buku tersebut di perhimpunan agung Umno, buku itu dimasukkan ke dapan beg perwakilan. Tertuduh (Khalid Jafri) dan yang lain telah berkonspirasi dan berjaya mencapai matlamatnya. -Berhadapan dengan kekejaman dan kebencian orang ramai terhadap maruahnya (Anwar Ibrahim) yang diserang oleh Khalid Jafri bersama yang lain, dimalukan secara terbuka dan cemuhan, kesakitan dan tekanan yang dihadapi oleh plaintif (Anwar) dan keluarganya tidak dapat diterangkan.

1 comment: